Nasib 5 pemain yang dipertaruhkan Wenger dengan kontrak jangka masa panjang.

PADA 2012, tahun ke-17 Arsene Wenger menjadi pengurus pasukan The Gunners, beliau telah mempertaruhkan masa depan Arsenal dengan lima pemain muda.



Menjelang tahun ke-17 Wenger mengendalikan Arsenal, beliau dapat melihat keperluan dimana sebuah pasukan lagi perlu dibina bagi mengejar dan mengimbangi enam pasukan utama Liga Perdana Inggeris.

Keperluan tersebut dirasakan perlu memandangkan 'kuasa membeli' Arsenal tidaklah sehebat pasukan lain dan langkah membina pasukan dengan produk akademi serta pemain muda merupakan satu langkah yang dilihat sebagai 'relevant' oleh Wenger.

Oleh itu,  beliau telah meletakkan kepercayaannya pada lima pemain muda British dan menawarkan mereka semua dengan kontrak jangka panjang.

Lima pemain muda Inggeris - Kieran Gibbs, Carl Jenkinson, Alex Oxlade-Chamberlain, Aaron Ramsey dan Jack Wilshere, semuanya telah menandatangani perjanjian jangka panjang bersama Arsenal dan kelima-lima pemain itu dikenali dengan gelaran 'British Core' ataupun 'Teras British'.

Arsenal memperbaharui kontrak pemain yang membentuk teras British pada tahun 2012.


Kini tahun 2019, Jack Wilshere, Kieran Gibbs dan Alex Oxlade-Chamberlain sudah pun menjadi bekas pemain Arsenal, dan pada musim panas berikutnya, Aaron Ramsey turut menyertai mereka untuk bergelar bekas pemain.

Yang tinggal kini hanyalah Carl Jenkinson seorang sahaja yang masih terselamat, namun hanya untuk seketika kerana kontrak beliau bakal berakhir di penghujung musim ini bersama Arsenal.

PEMBANGUNAN DAN PEMBENTUKAN BRITISH CORE

Tujuh tahun dahulu, Wenger telah bercakap mengenai rancangannya untuk membina sebuah pasukan dengan dibarisi dengan pemain-pemain muda yang kuat agar dapat mengembangkan lagi bakat dan kebolehan mereka.

Namun ianya terbantut setelah beberapa siri kecederaan melanda 'British core' yang ingin dibentuk Wenger.

Kemudian, menyaksikan siri penghijrahan British core ini dengan dimulakan oleh Alex Oxlade-Chamberlain yang meninggalkan The Gunners untuk menyertai Liverpool pada 1 Ogos 2017 dan Kieran Gibbs pada 30 Ogos 2017.

Camberlain, pemain pertama British core meninggalkan Arsenal.


Pemain kedua British core meninggalkan Arsenal.
Kedua-dua mereka meninggalkan Arsenal ketika Wenger masih merupakan pengurus pasukan The Gunners.

Wenger mengatakan penghijrahan Gibbs lebih pedih daripada melihat Chamberlain menyertai Liverpool.
Manakala Jack Wilshere pula meninggalkan Arsenal setelah kontrak beliau tidak lagi disambung dan menyertai West Ham pada 9 Julai 2018.

Wilshere gagal memikat hati Unai Emery.
Dan Wilshere merupakan pemain pertama daripada kalangan lima pemain 'British core' meninggalkan Arsenal setelah Wenger tidak lagi mengurus pasukan.

Penghujung musim ini pula melihatkan Aaron Ramsey turut meninggalkan Arsenal setelah gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak dan beliau sah beraksi untuk Juventus musim depan.

Ramsey, pemain terakhir meninggalkan Arsenal dikalangan British core.
Kini tujuh tahun telah pun berlalu dengan kisah mereka berlima menandatangani kontrak untuk jangka masa panjang bersama Arsenal, dan seorang demi seorang telah meninggalkan pasukan, yang tinggal hanyalah  Carl Jenkinson.



Dengan kontrak bakal berakhir dipenghujung musim ini, mampukah beliau memikat pengedali baharu Arsenal, Unai Emery?


Mampukah beliau membalas kepercayaan yang pernah diberikan Wenger terhadap beliau bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya berbakat dan berkualiti sebagai pemain The Gunners?

Rekod pencapaian lima pemain - British core bersama Arsenal.
Bil. Pemain Umur Pencapaian di Arsenal
1. Aaron Ramsey 28 tahun FA CUP : 3 kali
- 2014
- 2015
- 2017

Community Shield : 2 kali
- 2015
- 2016
2. Alex Oxlade-Chamberlain 25 tahun FA CUP : 3 kali
- 2014
- 2015
- 2017

Community Shield: 3 kali
- 2015
- 2016
- 2018
3. Jack Wilshere 27 tahun FA CUP : 2 kali
- 2014
- 2015

Community Shield: 1 kali
- 2015
4. Kieran Gibbs 29 tahun FA CUP : 3 kali
- 2014
- 2015
- 2017

Community Shield : 2 kali
- 2015
- 2016
5. Carl Jenkinson 27 tahun FA CUP : 1 kali
- 2014


Rekod penampilan untuk Arsenal
Bil. Pemain Penampilan Jaringan Bantuan Gol
1. Aaron Ramsey 366 63 65
2. Alex Oxlade-Chamberlain 198 20 32
3. Jack Wilshere 198 14 30
4. Kieran Gibbs 229 6 25
5. Carl Jenkinson 69 1 5

Rekod penampilan selepas meninggalkan Arsenal
Bil. Pemain Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
1. Alex Oxlade-Chamberlain Liverpool 42 5 8
2. Jack Wilshere West Ham 5 - 1
3. Kieran Gibbs West Brom 67 3 7

Post a Comment

Previous Post Next Post