Danny Welbeck kembali menjalani latihan dengan senyuman.

PENYERANG Arsenal, Danny Welbeck telah terlepas 30 perlawanan setakat ini ekoran kecederaan yang dialaminya pada November tahun lalu.



Musim ini (2018/19), beliau hanya sempat membuat lapan penampilan liga dan kali terakhir beliau membuat penampilan liga adalah ketika bertemu Liverpool yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 sama, dan beliau hanya beraksi untuk tempoh sembilan minit sahaja.

Ketika bertemu Sporting Lisbon pada 8 November 2018 (peringkat kumpulan - Kump. E), beliau telah mengalami kecederaan pada pergelangan kakinya yang menyebabkan terpaksa berehat panjang.

Namun dalam perkembangan terkini, beliau dilihat sudah mula menjalani latihan di padang dengan senyuman terukir diwajahnya.

Pun begitu menjadi persoalan ketika ini, adakah beliau sempat untuk beraksi bagi baki perlawanan Arsenal musim ini?

Selain itu juga, kontrak beliau bakal berakhir dipenghujung musim ini dan adakah khidmat beliau bakal disambung musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post