Perebutan Top 4 EPL - saingan baki perlawanan Arsenal, Aubameyang kunci kejayaan.

AUBAMEYANG kunci kejayaan dalam memastikan Arsenal berjaya menamatkan saingan dikalangan empat teratas liga musim ini.



Menghampiri ke penghujung saingan Liga Perdana Inggeris musim 2018/19, Arsenal mempunyai baki lapan perlawanan sahaja lagi untuk diharungi.

Bukan sahaja Arsenal, malahan hampir keseluruhan pasukan yang bertanding mempunyai baki tujuh atau lapan sahaja lagi perlawanan yang tinggal.

Dan terdapat juga pasukan yang mempunyai baki sembilan perlawanan sahaja lagi untuk menamatkan saingan kali ini.

Kedudukan terkini carta Liga Perdana Inggeris.
Perlumbaan untuk empat teratas semakin menarik memasuki bulan-bulan terakhir musim ini dengan Tottenham, Arsenal, Manchester United dan Chelsea  masih berpeluang untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Kedudukan Manchester City dan Liverpool dilihat begitu selesa ketika ini bagi slot UCL musim depan.

(pengguna handphone - slide ke kiri untuk melihat jadual penuh).
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts Qualification or relegation
1 Liverpool (X) 31 23 7 1 70 18 +52 76 Qualification for the Champions League group stage
2 Man. City (X) 30 24 2 4 79 21 +58 74
3 Tottenham 30 20 1 9 57 32 +25 61
4 Arsenal 30 18 6 6 63 39 +24 60
5 Man. United 30 17 7 6 58 40 +18 58 Qualification for the Europa League group stage
6 Chelsea 30 17 6 7 50 33 +17 57 Qualification for the Europa League second qualifying round
(X) Sudah layak sekurang-kurangnya bagi Liga Europa, namun masih berpeluang ke Liga Juara-Juara.


PRESTASI 

Memasuki beberapa bulan terakhir musim ini, prestasi Arsenal dilihat kembali bertenaga dan berada pada tahap terbaik sebagaimana di permulaan saingan liga musim ini dengan merekodkan lima perlawanan terkini tanpa sebarang kekalahan.

Lima perlawanan terkini Arsenal menyaksikan mereka berjaya menjaringkan 12 gol dan hanya melepaskan tiga gol sahaja.

Rekod 5 Perlawanan Terakhir Arsenal Dalam Saingan EPL
Perlawanan Lawan Keputusan
26. Town Huddersfield 2:1 Menang
27. Southampton 2:0 Menang
28. Bournemouth 5:1 Menang
29. Hotspur Tottenham 1:1 Seri
30. United Manchester 2:0 Menang

Namun ianya agak sedikit mengecewakan apabila The Gunners gagal mengutip tiga mata penuh ketika bertemu Tottenham Hotspur walaupun mempunyai peluang terbaik apabila dihadiahkan sepakan penalti diminit-minit akhir perlawanan.

Pun begitu, satu mata yang diperolehi itu juga amat bermakna buat Arsenal bagi mengekalkan rentak perjuangan dan menghidupkan peluang dalam perebutan tempat empat teratas liga.

Kontoversi.
Empat mata berharga pada dua perlawanan terakhir liga (setakat ini) ketika menentang Tottenham Hotspur dan Manchester United banyak dibantu dengan kecemerlangan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno.


Penjaga gol Jerman itu berjaya mengekalkan gawangnya daripada dibolosi ketika menentang Man. Utd selain berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya Spurs, berjaya membantu The Gunners untuk merapatkan jurang saingan dengan seteru utama Utara London dengan hanya dipisahkan satu mata ketika ini.


BAKI PERLAWANAN
Menariknya baki perlawanan Arsenal adalah dimana mereka merupakan satu-satunya pasukan yang tidak akan berdepan dengan mana-mana pasukan yang berada dikelompok enam teratas ketika ini.

Namun ianya tidak bermakna tugas mudah buat Emery, ini kerana rekod bermain ditempat lawan musim ini tidaklah begitu memberangsangkan.

(pengguna handphone - slide ke kiri untuk melihat jadual penuh).
Keseluruhan Laman sendiri Laman lawan
Pld W D L GF GA GD Pts W D L GF GA GD W D L GF GA GD
30 18 6 6 63 39 +24 60 13 2 1 37 12 +25 5 4 5 26 27 −1

Arsenal mengalami lima kekalahan dan empat seri selain lima kemenangan ketika beraksi ditempat lawan untuk membawa pulang 19 mata daripada kemungkinan 57 mata - (33.33% berjaya dipungut daripada mata keseluruhan ditempat lawan berjaya dibawa pulang).

(pengguna handphone - slide ke kiri untuk melihat jadual penuh).
Rekod pertembungan dengan pasukan yang akan dihadapi pada baki saingan liga.

Perlawanan ke-32
02/04/20192.00amHNewcastle United
Newcastle United
Perlawanan ke-33
07/04/20199.05pmAEverton FC
Everton FC
Perlawanan ke-34
16/04/20193.00amAWatford FC
Watford FC
Perlawanan ke-35
21/04/201911.00pmHCrystal Palace
Crystal Palace
Perlawanan ke-31
25/04/20192.45amAWolverhampton Wanderers
Wolverhampton Wanderers
Perlawanan ke-36
30/04/20193.00amALeicester City
Leicester City
Perlawanan ke-37
04/05/201910.00pmHBrighton & Hove Albion
Brighton & Hove Albion
Perlawanan ke-38
12/05/201910.00pmABurnley FC
Burnley FC


Spurs yang menghuni tangga ketiga liga ketika ini menghadapi perlawanan sukar apabila bertandang ke tempat lawan menentang Liverpool dan Manchester City, begitu juga dengan Chelsea yang perlu beraksi di Anfield serta Old Trafford pada baki perlawanan musim ini.

Dan ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada Arsenal.

Selain saingan liga, Arsenal juga menghadapi saingan suku akhir Liga Europa yang agak sukar apabila menentang Napoli namun ianya tidak akan menjejaskan usaha The Gunners dalam meneruskan ataupun berjuang dalam menamatkan saingan EPL ditempat terbaik (empat teratas).

Arsenal berjaya mengumpul ataupun membawa 18 mata daripada kemungkinan 24 mata bagi pertemuan dengan pasukan yang bakal dihadapi kelak (baki lapan perlawanan nanti), pada pertemuan pertama (separuh pertama liga).

Pun begitu, Arsenal dijangka menghadapi tentangan sengit daripada Newcastle United, Crystal Palace, Brighton & Hove Albion dan Burnley kerana pasukan-pasukan ini sudah pasti berjuang habis-habisan dalam baki perlawanan liga mereka bagi mengelak tercicir dan terjerumus dikelompak ataupun zon penyingkiran.

Rekod pertemuan dengan pasukan (baki saingan) pada separuh pertama liga.
Perlawanan Venue Lawan Keputusan
5 A Newcastle United 2:1
6. H Everton FC 2:0
7 H Watford FC 2:0
9 H Leicester City 3:1
10 A Crystal Palace 2:2
12 H Wolverhampton Wanderers 1:1
18 H Burnley FC 3:1
19 A Brighton & Hove Albion 1:1
5 menang dan 3 kalah = 18 mata


KUNCI 

Pierre-Emerick Aubameyang merupakan penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan 17 gol, perbezaan sebanyak lima gol dengan rakan sepasukan, Alexandre Lacazette ditangga kedua bagi senarai penjaring terbanyak saingan EPL buat The Gunners.


Senarai Top 10 Penjaring Gol Arsenal (EPL)
Rank Pemain Jaringan
1. Pierre-Emerick Aubameyang 17
2. Alexandre Lacazette 12
3. Henrikh Mkhitaryan 6
4. Mesut Özil 4
4. Granit Xhaka 4
6. Alex Iwobi 3
6. Laurent Koscielny 3
6. Aaron Ramsey 3
9. Shkodran Mustafi 2
9. Lucas Torreira 2
11. Ainsley Maitland-Niles 1
11. Nacho Monreal 1
11. Danny Welbeck 1

Pemain antarabangsa Gabon itu juga mendahului senarai jumlah percubaan dikalangan rakan sepasukannya dengan jumlah sebanyak 75 percubaan dilakukan musim ini (setakat ini).


Senarai Pemain Melakukan Percubaan Dalam Saingan EPL
Rank Pemain Stat
1. Pierre-Emerick Aubameyang 75
2. Alexandre Lacazette 63
3. Henrikh Mkhitaryan 35
4. Alex Iwobi 27
5. Aaron Ramsey 25
6. Granit Xhaka 24
7. Lucas Torreira 21
8. Héctor Bellerín 18
9. Matteo Guendouzi 16
10. Shkodran Mustafi 14
11. Mesut Özil 8
11. Sokratis 8
13. Sead Kolasinac 7
14. Nacho Monreal 6
15. Mohamed Elneny 5
15. Laurent Koscielny 5
17. Ainsley Maitland-Niles 4
17. Danny Welbeck 4
19. Rob Holding 2
20. Stephan Lichtsteiner 1

Daripada pasukan yang Arsenal hadapi, Aubameyang hanya gagal menjaringkan gol ketika bertemu Newcastle dan Wolverhampton Wanderers, semenjak menyertai The Gunners pada Januari 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post