Kontrak Ozil, Wenger menyesal namun Ivan Gazidis bertanggungjawab.

MESUT OZIL, bintang ternama Arsenal yang menerima liputan hangat ekoran kontrak mewah ditandatangani beliau tahun lalu disamping prestasi lesu dipamerkan.



Dibawah kendalian Emery musim ini, beliau gagal menyinar dan seringkali direhatkan baik kerana kecedaraan mahupun kerana faktor prestasi serta taktikal.

Dalam laporan yang dikeluaran The Times dua hari lalu, mereka mengatakan bahawa bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger menyesal dengan cara beliau menangani pemain Jerman itu.

Wenger dikatakan terlalu berlembut terhadap Ozil menyebabkan pemain tersebut kekurangan motivasi diri.

Dan Ozil juga dilaporkan seringkali mengadu mengenai masalah sakit belakang yang dihadapinya ketika Wenger masih bertanggungjawab menyebabkan beliau terlepas beberapa perlawanan musim lalu dan dikritik hebat atas persembahan pasif beliau yang lesu.

Rekod penampilan Ozil musim lalu.
Saingan 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 26 4 9 2,164'
Europa League 7 1 5 609'
EFL Cup 2 - - 180
JULAH 35 5 14 2,953'

Musim lalu, Ozil terlepas tiga perlawanan terakhir liga ekoran sakit belakang yang dihadapinya selain tujuh kali tidak disenaraikan didalam skuad dan sekali mengalami kecederaan lutut serta sekali tidak digunakan (berada dibangku simpanan).

Malah laporan tersebut mendedahkan bahawa, Wenger bukanlah individu yang bersungguh-sungguh untuk menawarkan kontrak mega terhadap Ozil, sebaliknya ianya adalah Ivan Gazidis yang bertanggungjawab terhadap tawaran kontrak itu.

Gazidis merasakan ianya adalah amat mustahil untuk mencari seorang pemain yang memiliki kualiti seperti Ozil tanpa membelanjakan sejumlah wang, walaupun Wenger memberi amaran bahawa ia boleh memberi kesan buruk.

Moreover, it is claimed that Wenger did not push for Ozil to be handed a new £350,000-a-week deal just over a year ago. Rather, it was Ivan Gazidis who felt it would be impossible to find a player of Ozil’s quality without spending a massive amount of money despite Wenger warning that it could have adverse effects. -- Metro

Akhirnya, gaji besar diterima Ozil membuatkan Arsenal tidak mampu memberikan Aaron Ramsey gaji yang dituntut pemain itu, menyebabkan rundingan pembaharuan kontrak pemain kebangasaan Wales itu dihentikan selain mendorong perpindahannya ke Juventus.

Februari tahun lalu (2018), Wenger dalam laporan yang dikeluarkan Metro, mengatakan bahawa beliau mengharapkan bahawa Ozil akan memilkul tanggungjawab yang lebih berat setelah menandatangani kontrak mewah itu.

You expect from him that he becomes the leader and takes responsibility and leads the team to success.  -- Arsene Wenge via Metro.


Rasanya, kecederaan Ozil musim lalu menjejaskan prestasi beliau musim ini dan diharapkan beliau mampu menyesuaikan diri bersama taktikal Unai Emery.

Kerana kita memerlukan kreativiti beliau melainkan Emery mampu mencari pemain lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post