Gervinho teruja terima tawaran Arsenal.

GERVINHO kembali ke Eropah setelah dua musim beraksi di Asia dengan menyertai Liga Itali untuk kali kedua dalam sejarah karier bolasepaknya.


Pemain sayap itu dalam temuramah terkini bersama media Perancis telah menceritakan dimana beliau begitu teruja ketika Arsenal membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya dahulu.

Semenjak kembali ke kancah bolasepak Eropah pada musim panas, Gervinho telah berjaya mencipta permulaan yang menarik bersama Parma dalam saingan Serie A, dimana beliau telah menjaringkan sembilan gol serta mencipta dua bantuan gol dalam 20 penampilan liga.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Serie A 20 9 2 1,518'

Ditandatangani secara percuma, bekas pemain Arsenal itu kembali membuat penampilan dalam liga yang telah ditinggalkan beliau pada tahun 2016 apabila meninggalkan Roma untuk menyertai kelab  China, Hebei China Fortune dalam perpindahan yang dianggarkan bernilai sekitar £ 16.2 juta.

Sebelum ini, Gervinho menghabiskan dua musim bersama The Gunners di bawah kendalian Arsene Wenger dengan rekod jaringan sebanyak 11 gol dan mengumpul 12 bantuan gol dalam 63 penampilan.

Gervinho menyertai Arsenal dari Lille dengan nilai perpindahan sekitar £10.8 juta pada 12 Julai 2011.
Rekod mewakili kelab.
Club Season League Cup Continental Total
Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals
Beveren 2005–06 32 6 0 0 0 0 32 6
2006–07 29 8 0 0 0 0 29 8
Total 61 14 0 0 0 0 61 14
Le Mans 2007–08 26 2 4 4 0 0 30 6
2008–09 33 7 4 1 0 0 37 8
Total 59 9 8 5 0 0 67 14
Lille 2009–10 32 13 0 0 8 5 40 18
2010–11 35 15 8 3 10 0 53 18
Total 67 28 8 3 18 5 93 36
Arsenal 2011–12 28 4 2 0 7 0 37 4
2012–13 18 5 2 0 6 2 26 7
Total 46 9 4 0 13 2 63 11
Roma 2013–14 33 9 4 3 0 0 37 12
2014–15 24 2 0 0 10 5 34 7
2015–16 14 6 0 0 3 1 17 7
Total 71 17 4 3 13 6 88 26
Hebei CFFC 2016 18 3 0 0 0 0 18 3
2017 4 1 0 0 0 0 4 1
2018 7 0 0 0 0 0 7 0
Total 29 4 0 0 0 0 29 4
Parma 2018–19 20 9 0 0 0 0 20 9
Career total 353 90 24 11 44 13 421 114



Bercakap kepada So Foot mengenai prestasi terkini beliau di Itali, pemain antarabangsa Ivory Coast itu turut menjelaskan mengenai perpindahan beliau dari Lille ke Arsenal yang begitu memberi kesan kepadanya.
Petikan So Foot pada 7 Mac 2019.
Beliau menjelaskan: "Untuk didekati oleh Arsenal, itu tidak berlaku kepada semua orang. Bagi saya, ia adalah impian saya ketika kanak-kanak. Saya tidak menangis ketika tawaran Arsenal datang, tetapi hatiku menitiskan air beberapa kali.

"Pada suatu hari, saya berada di sebuah restoran, dan saya diberitahu bahawa Dick Law cuba menghubungi saya.

"Dia memberikan saya nombor Wenger, dan jika Arsene mahu bercakap dengan saya, ia tidak akan bertanya kepada saya bagaimana keadaan kita. 

"Pada ketika itu, saya memberitahu Lille bahawa saya tidak mahu berunding dengan kelab lain selain Arsenal, tetapi Rudi Garcia tidak mahu menjual saya."

Pada masa itu, pemain sayap tersebut memberitahu bekas pengurusnya itu bahawa hanya ada beberapa kelab Perancis yang lain berminat terhadapnya, namun beliau tidak akan meninggalkan Lille.

Tetapi oleh kerana ia adalah Arsenal, beliau meminta agar dirinya dilepaskan untuk menjadikan ianya berlaku (menyertai Arsenal).

Gervinho dan Rudi Garcia
Pasangan itu kekal rapat sepanjang karier masing-masing dan kembali bekerjasama sekali lagi di Roma selepas Gervinho  meninggalkan The Gunners pada tahun 2013.

Sudah pasti anda semua mempunyai 'ingatan dan kenangan' terhadap bekas pemain The Gunners ini 😏.

Kongsikan bersama kami.

Post a Comment

Previous Post Next Post