Keluarga Kroenke cabar Unai Emery contohi kejayaan LA Rams.

STAH KROENKE dan anaknya, Josh cabar Unai Emery untuk mencontohi kejayaan pasukan American Football, LA Rams dengan membawa Arsenal ke final Liga Juara-Juara.



LA Rams merupakan kelab sukan American Football yang dimiliki oleh Kroenke yang mana beliau turut menjadi Pengerusi dan Ketua Eksekutif kelab tersebut.

Info ringkas kelab American Football, LA Rams:

LA Rams
Pemilik Stan Kroenke
Pengerusi Stan Kroenke
CEO Stan Kroenke
Presiden Kevin Demoff
Pengurus Les Snead
Ketua Jurulatih Sean McVay

Dan Sean McVay pula merupakan jurulatih muda LA Rams yang berjaya membawa pasukan tersebut ke perlawanan akhir Super Bowl bertemu New England Patriots pada awal bulan lalu, yang merupakan pertandingan tertinggi bagi sukan Amerikan Football.

Walaupun tewas, namun pencapaian membawa LA Rams ke final Super Bowl oleh pengendali  muda berusia 33 tahun itu mendapat pujian Kroenke dan anaknya, Josh.


The Rams bertemu New England Patriots di Super Bowl pada 4 Februari lalu dengan Kroenkes menguasai pemilikan penuh kelab tersebut pada tahun 2010 dan beliau turut memiliki pegangan terbesar kelab bolasepak Inggeris, Arsenal.

Sebelum perlawanan tersebut (final Super Bowl) berlangsung, Josh Kroenke yang merupakan pengarah Arsenal dan anak kepada pemilik The Gunners, Stan, memberitahu The Daily Telegraph bahawa beliau berharap pasukan (kelab) Liga Perdananya juga dapat mencipta kejayaan yang sama sebagaimana kelab LA Rams (beraksi di Super Bowl) dengan Arsenal beraksi di pentas final Liga Juara-Juara.

"Untuk melihat di mana Sean telah membawa kami (Rams) dalam masa yang singkat, memberikan kami keyakinan," katanya.

"Satu-satunya perkara yang sepadan dengan Super Bowl ialah Arsenal beraksi final Liga Juara-Juara.

"Ia adalah sesuatu yang kita fokuskan.

"Saya telah memberitahu kawan-kawan saya sepanjang minggu bahawa Super Bowl adalah tontonan terbesar yang kami ada di sini dan Liga Juara-Juara adalah sesuatu di Eropah yang kami berusaha dan kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada masa depan."

Josh Kroenke juga mendedahkan bahawa beliau bercadang untuk menyatukan projek 'penyebaran silang' yang akan melihat Emery dan McVay berkongsi idea dan falsafah taktikal.

"Saya rasa dia (Emery) dan Sean sangat setanding dengan cara mereka mendekati kraf mereka setiap hari," tambah Kroenke.



"Terdapat banyak data yang mereka rekodkan. Mereka sangat aktif di padang latihan. Gaya mereka adalah sama walaupun mereka dari dunia (sukan) berbeza.

Mampukah Unai Emery membawa Arsenal ke pentas Liga Juara-Juara Eropah dua musim lagi sebagaimana Sean McVay membawa LA Rams ke final Super Bowl dalam musim kedua beliau bersama LA Rams.

*Nota kaki: Sean McVay menyertai LA Rams pada 12 Januari 2017 dan membawa LA Rams ke pentas final Super Bowl pada 4 Februari 2019.

Pencapaian:
Team Year Regular season Post Season
Won Lost Ties Win % Finish Won Lost Win % Result
LAR 2017 11 5 0 .688 1st in NFC West 0 1 .000 Lost to Atlanta Falcons in NFC Wild Card Game
LAR 2018 13 3 0 .813 1st in NFC West 2 1 .667 Lost to New England Patriots in Super Bowl LIII
Total 24 8 0 .750 2 2 .500

Post a Comment

Previous Post Next Post