Solskjaer kecewa dan pertikai keputusan pengadil, anggap Fred terlalu kuat.

PENGENDALI sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer pertikai tindakan Moss memberikan penalti kontroversi kepada Arsenal. 



Hadir ke Stadium Emirates dengan semangat 'berapi-api' setelah berjaya menundukkan PSG dilaman lawan dalam saingan Liga Juara-Juara, Man. United yang dipimpin oleh pengendali sementara, Solskjaer akhir kecewa setelah tewas 2-0 kepada Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris malam semalam.



Pasukan Setan Merah dikejutkan pada minit ke-12 selepas The Gunners melepaskan satu bedilan melalui Xhaka yang menyebabkan semangat juang mereka mulai goyang.


Namun, ianya tidak bermakna mereka telah menyerah kalah dan mereka juga tidak mempersalahkan pengadil kerana membenarkan gol tersebut.

Yang menjadi pertikaian Soslkjaer adalah gol kedua Arsenal yang dijaringkan melalui sepakan penalti.

Soslkjaer menuduh Alexandre Lacazette tidak berhak menerima penalti susulan insiden terjadi diantara penyerang The Gunners itu bersama Fred pada minit ke-69.



Menurut beliau, Lacazette tidak melakukan 'diving' namun telah hilang keseimbangan badan ketika perebutan bola bersama Fred yang mana menurut pengendali United itu bahawa pemain tengah beliau (Fred) sememangnya tersangatlah kuat.

Post a Comment

Previous Post Next Post