Pengorbanan Alex Iwobi dan Matteo Guendouzi pada perlawanan menentang Man.United

ARSENAL berjaya menewaskan Manchester United 2-0 malam semalam tadi hasil jaringan Xhaka dan Aubameyang.



Xhaka menjaringkan gol menarik melalui rembatan yang mengelirukan penjaga gol United, De Gea manakala Aubameyang pula tenang menjaringkan gol melalui sepakan penalti.

Gol dijaringkan Xhaka
Menariknya, saat ketika Auba mahu mengambil atau melakukan sepakan penalti, terdapat pemain simpanan The Gunners sedang melakukan sesi pemanasan ditepi padang sekaligus menghalang pandangan penonton untuk menyaksikan tendangan yang bakal diambil oleh penyerang Gabon itu.

Dua pemain Arsenal yang sedang melakukan pemanasan, Iwobi dan Guendouzi nyata menghalang 'view' penonton namun menyedari jeritan daripada penonton agar diberi ruang untuk meraka turut dapat menyaksikan tendangan yang bakal diambil Auba, kedua-dua pemain tersebut melakukan aksi yang nyata mencuit hati penonton.

Tunduk! Tunduk!!! Aku tak nampak Ni...!!
Kemudian, ini yang berlaku...

Bukan senang nak suruh pemain ikut kata kita...😂 😂 😂
Apa-apapun...penulis salute kepada mereka berdua...

Post a Comment

Previous Post Next Post