Torreira hampir sertai Napoli dan kemungkinan bakal kembali ke Itali, menurut bapanya

BAPA Torreira menjelaskan 'sesuatu yang sangat pelik' menyebabkan bekas pemain Sampdoria menandatangani kontrak bersama Arsenal.



Lucas Torreira meninggalkan Sampdoria dan menyertai Arsenal pada 10 Julai 2018 dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan, namun dipercayai berlaku sekitar  £26.4 juta.

Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris dan juga bersama The Gunners yang dipimpin oleh Unai Emery.

Hanya sebulan selepas menyertai kelab Utara London, pemain berusia 23 tahun itu berjaya menyesuaikan diri dan ini dibuktikan apabila beliau telah menjadi pemain tetap membarisi bahagian tengah The Gunners serta telah membuat 29 penampilan liga, termasuklah bermula dalam kesebelasan utama pasukan sebanyak 20 perlawanan.

Rekod penampilan Torreira dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Sebelum  berhijrah ke kelab utara London, Napoli juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Torreira sebagaimana didedahkan bapa pemain tersebut.

Carlo Ancelotti dilaporkan berminat untuk membawa Torreira menyertai Napoli.
Bapa kepada pemain antarabangsa Uruguay, Ricardo Torreira menjadi tetamu undangan bagi Radio Marte, dan beliau telah mendedahkan bahawa anaknya itu begitu hampir untuk menyertai pasukan Carlo Ancelotti pada musim panas lalu.

Bagaimanapun Ricardo tidak akan memberi butiran terperinci sebab mengapa perpindahan ke Naples tidak menjadi, sebaliknya beliau berkata, "Lucas hampir dengan Napoli? Ya betul."

"Terdapat rundingan dengan Napoli, tetapi sesuatu yang sangat pelik telah terjadi dan dalam pasaran perpindahan banyak perkara terjadi dan dapat berubah sekelip mata.

"Tidak ada apa-apa, rundingan panjang dan rumit, dan ia juga boleh berlaku bahawa rundingan berakhir dengan keputusan berbeza daripada yang ditetapkan.

"Ada peluang untuk berpindah ke England dan Lucas memanfaatkannya, dan saya harus mengatakan bahawa dia sangat baik di Arsenal."

Rekod penampilan secara keseluruhan musim ini Torreira bersama Arsenal.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 29 2 2 2,070'
Europa League 7 - - 272'
FA Cup 1 - - 90'
EFL Cup 3 - 1 135'
JUMLAH 40 2 3 2,567'



Bapa pemain itu juga mengatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk Lucas Torreira kembali ke Itali pada masa depan dan tidak menolak kemungkinan buat pemain tengah itu menyertai Napoli.

"Jelas sekali, Lucas sangat suka bolasepak Itali, di mana dia membesar dan mungkin kembali ke Itali pada masa akan datang. 

"Anda tidak boleh menjangkakan mengenai masa depan, jadi mungkin dia boleh kembali ke negara yang mengagumkan ini dan, mengapa tidak ke Napoli atau kelab lain yang membuat tawaran? " tambah Ricardo.

Mengulas lanjut mengenai pertembungan dua kelab tersebut (Arsenal menentang Napoli) dalam saingan Liga Europa, beliau merasakan kelab Itali itu lebih konsisten berbanding Arsenal namun keupayaan Arsenal melayakkan diri sehingga ke peringkat ini tidak harus dipandang rendah. 

"Ia akan menjadi pertembungan yang hebat. Napoli sangat kuat dan layak untuk mara (ke peringkat seterusnya), sementara Arsenal bergelut, tetapi pada akhirnya berjaya layak.

"Kedua belah pihak sepatutnya meneruskan perjalanan Liga Europa, tetapi sayang sekali salah seorang dari mereka harus keluar (tersingkir). 

"Tiada pasukan pilihan dalam perlawanan ini (Arsenal dan Napoli), kerana kedua-duanya perlu bimbang tentang suasana dan atmosfera ditempat lawan. "

Arsenal bakal menerima kunjungan Napoli pada 12 April 2019, jam 3 pagi waktu Malaysia bagi perlawanan pertama sebelum berkunjung ke Stadium San Paolo pada 19 April 2019, jam 3 pagi waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post