Selepas Torreira... Arsenal berhasrat bawa masuk seorang lagi pemain Sampdoria.

TAHUN 2018, berita perpindahan mengenai Arsenal mahukan Dennis Praet begitu kuat diperkatakan, namun akhirnya Torreira yang berada di Emirates.



Kisah Dennis Praet ke Arsenal telah lama diperkatakan, semenjak tahun 2018 lagi. Namun ianya tetap sekadar khabar angin dan tiada kesudahannya sehingga kini.

Pun begitu Corriere dello Sport percaya minat The Gunners terhadap pemain tengah Belgium masih belum pudar dan berharap dapat membawa pemain tersebut ke Emirates musim depan, di mana tawaran boleh dilakukan serta dipersetujui pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut akhbar Itali itu, pihak Unai Emery telah menyaksikan 'dalam pelbagai keadaan' pemain berusia 24 tahun dalam tempoh masa yang tidak dinyatakan dan kelihatan yakin dengan apa yang mereka saksikan terhadap pemain tersebut.

Corriere percaya Arsenal sedang mengkaji tawaran yang sesuai dan memenuhi kehendak Sampdoria sebelum melakukan tawaran kepada mereka, termasuklah nilai yang sesuai (dinilaikan) terhadap Praet.

Dipercayai, € 20juta adalah nilai harga minimum dan agak munasabah buat The Gunners untuk memulakan rundingan bersama Sampdoria.

Di bawah nilai itu, mereka tidak berminat.


Menyertai Sampdoria dari Anderlecht pada 2016, Praet yang sering bermain sebagai pemain sayap untuk skuad kebangsaan Belgium, bagaimanapun lebih kerap beraksi pada posisi tengah (center midfielder)  bersama kelab Itali itu.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan gol
Central Midfield 29 2 2
Attacking Midfield 1 - -

Walaupun hanya menjaringkan dua gol dan hanya membantu dua gol dalam 30 penampilan musim ini bagi saingan liga Serie A, namun beliau yang memilik corak permainan aggresif dan juga kreatif membolehkannya berada dalam cara yang lebih mengancam serta mempunyai peranan yang sama dengan pemain Arsenal yang bakal meninggalkan Emirates musim depan iaitu Aaron Ramsey.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit beraksi
Serie A 30 2 2 2,534'

Pada nilai €20 juta ianya dianggap rendah kerana nilai pasaran semasa Praet ketika ini adalah dianggarkan sekitar €20 - 30 juta dan nilai yang dicadangkan itu berada pada paras paling rendah dan ianya banyak bergantung pada anggaran Arsenal menjelang jendela perpindahan musim panas nanti.

Peminat Arsenal mungkin mengingati Praet ketika beliau bersama Anderlecht dimana pertembungan kelab tersebut menentang The Gunners pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, musim 2014-15.

Beliau pada perlawanan pertama (dilaman sendiri) berjaya menghasilkan satu bantuan gol walaupun tewas 1-2 dan bermain 90 minit penuh pada perlawanan di Emirates dengan keputusan 3 -3.

Selain Praet, The Gunners juga dikatakan mensasarkan pemain lain seperti Christopher Nkunku (21 tahun) daripada kelab Paris Saint-Germain.

Christopher Nkunku dianggarkan bernilai €12 juta pada pasaran semasa ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post