Arsenal kehilangan khidmat Ramsey untuk beberapa minggu

UNAI EMERY menjangkakan Aaron Ramsey akan 'berehat' untuk 'beberapa minggu'.



Aksi pertemuan Arsenal menentang Napoli awal pagi tadi mungkin menjadi perlawanan terakhir buat Ramsey bersama The Gunners.

Pada perlawanan tersebut, pemain kebangsaan Wales itu mengalami kecederaan pada minit ke-33 sebelum dikeluarkan dan digantikan dengan Mkhitaryan.

Dua minit selepas itu, Lacazette berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan yang seterusnya membawa Arsenal ke peringkat separuh akhir Liga Europa dengan aggregate 3-0.

Manakala Ramsey pula mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan masa untuk sembuh, bergantung kepada tahap kecederaan tersebut.

Mengikut laman NHS UK, tempoh masa yang diperlukan untuk pulih dari kecederaan / ketegangan hamstring bergantung pada tahap kecederaan yang di kelaskan mengikut gred.
  • grade 1 – a mild muscle pull or strain
  • grade 2 – a partial muscle tear
  • grade 3 – a complete muscle tear
Tekanan otot kecil atau ketegangan (gred 1) mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sembuh, sementara ianya boleh mengambil beberapa minggu atau bulan untuk pulih sekiranya kecederaan tersebut berada dalam gred 2 atau 3.

Dan pengendali Arsenal, Unai Emery sendiri tidak pasti sama ada Aaron Ramsey telah memainkan perlawanan terakhirnya untuk Arsenal kerana pemain tersebut akan menyertai Juventus musim depan.


Dengan kecederaan hamstring yang dialaminya pagi tadi, ianya sukar untuk mengatakan bahawa pemain tersebut masih mampu beraksi dalam perlawanan seterusnya untuk Arsenal.

"Ia adalah kecederaan otot. Biasanya ia akan mengambil beberapa minggu untuknya. Tetapi kami mempunyai pemain lain dan kami dapat mencari prestasi dan pengiliran pemain, "kata pengurus Arsenal, Unai Emery kepada BT Sport.
Pemain berusia 28 tahun itu akan mengikuti jejak langkah warga senegara (Wales) John Charles dan Ian Rush dengan berpindah dari England ke Itali.

Post a Comment

Previous Post Next Post