GANDINGAN Aubameyang dan Lacazette sentiasa memberikan kelebihan kepada Arsenal dan mengikut statistik sebelum ini, The Gunners tidak akan kalah jika kedua-dua mereka menjaringkan gol dalam perlawanan yang sama.
Dua penyerang sensasi Arsenal itu bernilai £100 juta ketika dibawa masuk pada musim 17/18 (Auba £55 juta + Laca £45 juta), dan gandingan mereka berdua memberikan purata 144.7 minit setiap gol dan 344.1 minit bagi setiap bantuan gol pada musim tersebut (2017/18).
Secara individu, Auba telah menghasilkan 114.9 minit untuk setiap gol dan 287.3 minit untuk setiap bantuan gol pada musim pertama bersama The Gunners.
Manakala Laca pula telah menghasilkan 162.2 minit untuk setiap gol dan 551.6 minit untuk setiap bantuan gol pada musim tersebut.
*Auba sertai Arsenal pada jendela kedua (Januari 2018) musim 2017/18.
Secara individu, Auba telah menghasilkan 114.9 minit untuk setiap gol dan 287.3 minit untuk setiap bantuan gol pada musim pertama bersama The Gunners.
Manakala Laca pula telah menghasilkan 162.2 minit untuk setiap gol dan 551.6 minit untuk setiap bantuan gol pada musim tersebut.
*Auba sertai Arsenal pada jendela kedua (Januari 2018) musim 2017/18.
SAINGAN 2017/18 | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Aubameyang | 14 | 10 | 4 | 1,149' |
Lacazette | 39 | 17 | 5 | 2,758' |
JUMLAH | 27 | 9 | 3,907 |
Dan pada musim ini, gandingan mereka berdua telah menghasilkan 39 gol untuk kesemua kejohanan serta 18 bantuan gol.
Peningkatan sebanyak 44.4% bagi jumlah jaringan mereka berdua untuk musim ini berbanding musim lalu.
Begitu juga dari segi jumlah bantuan gol, gandingan mereka berdua musim ini turut mencatatkan peningkatan 50%, apabila menghasilkan 18 bantuan gol berbanding 9 musim lalu.
Secara puratanya, mereka berdua telah menghasilkan setiap gol dalam 152.2 minit dan 329.8 minit untuk setiap bantuan gol musim ini.
SAINGAN 2018/19 | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Aubameyang | 44 | 23 | 7 | 3,229' |
Lacazette | 42 | 16 | 11 | 2,708' |
JUMLAH | 39 | 18 | 5,937 |
Berdasarkan statistik diatas, jelas sekali gandingan mereka berdua lebih baik berbanding musim lepas secara keseluruhannya, walaupun secara individu terdapat penurunan dari segi purata minit per gol dan minit per bantuan gol.
BACA : Aubameyang mesti bergandingan dengan Lacazette.
Namun sumbangan mereka berdua sangat memberi kesan kepada pasukan secara keseluruhannya.
BACA : Aubameyang mesti bergandingan dengan Lacazette.
Namun sumbangan mereka berdua sangat memberi kesan kepada pasukan secara keseluruhannya.
Bagaimanakah Emery mengeluarkan ataupun menggunakan yang terbaik daripada Laca, Auba?
Salah satu aspek yang jelas mengenai musim pertama Unai Emery mengendalikan Arsenal adalah kesan yang dibuat dalam perlawanan dengan menggunakan pemain gantian.
Emery telah memperolehi 17 mata hasil daripada 32 pertukaran (pemain gantian) musim ini, lebih baik daripada mana-mana pengurus Liga Perdana atau jurulatih utama.
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh laman rasmi Arsenal, Unai Emery menjelaskan dimana tugas untuk menyakinkan pemain utama untuk bermula di bangku simpanan adalah sesuatu yang paling sukar buat dirinya.
![]() |
Dah kalau dua-dua kat 'bench', tentulah Welbeck jadi penyerang ni kan? |
Walaupun taktikal beliau itu banyak memberi kelebihan kepada pasukan, namun tidak semua pemain menggemari untuk bermula dibangku simpanan.
"Setiap pemain mahu bermain setiap perlawanan selama 90 minit, tetapi sebagai pengurus saya perlu menggunakan pemain pada saat terbaik," kata Emery.
"Mungkin kadang-kadang bermain 90 minit, mungkin kadang-kadang bermula di bangku simpanan tetapi untuk meyakinkan pemain ianya sangat sukar.
"Ketika saya bercakap tentang dua penyerang utama, Lacazette dan Aubameyang, kadang-kadang persembahan kami lebih baik dengan kedua-duanya, tetapi kadang-kadang persembahan besar kami lebih baik dengan hanya seorang, dan setelah mereka memberi kesan menggantikan penyerang lain.
![]() |
Bukan senang nak yakinkan pemain untuk bermula dibangku simpan. |
"Ini kerana idea dan sistem pihak lawan memberi kita idea untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Untuk meyakinkan pemain merupakan perkara yang paling sukar, namun saya sangat bangga dengan mereka berdua kerana mereka banyak menjaringkan gol, mereka bermain banyak, dan kadang-kadang mereka bermula bersama-sama (kedua-duanya), dan kadang-kadang mereka hanya bermula seorang. Mereka membantu kami dengan persembahan yang hebat.
"Inilah sebab utama saya membuat keputusan ini dengan para pemain, dan itulah sebabnya kami bermain dengan Cech, yang memberi kami prestasi yang baik sebelum mengalami kecederaan, sebelum kami mula menggunaka Leno, yang juga mempamerkan persembahan dan prestasi cemerlang.
"Lagipun kami dapat menggunakan dalam kedua-dua pertandingan berbeza dan saya sangat bangga dengan Petr Cech, dengan cara dia mengekalkan persembahannya di setiap perlawanan Liga Europa dan membantu kami pada penghujung kariernya dengan tingkah laku dan komitmen besar.
"Contoh untuk pemain lain dan kedudukan di mana kita boleh menggunakan dua pemain bagi posisi yang sama. "
Statistik Auba dan Laca secara keseluruhan:
Pemain dan Statistik |
Aubameyang | Lacazette | Aubameyang | Lacazette |
---|---|---|---|---|
SAINGAN 2017/18 | SAINGAN 2018/19 | |||
Penampilan | 14 | 39 | 44 | 42 |
Jaringan | 10 | 17 | 23 | 16 |
Bantuan Gol | 4 | 5 | 7 | 11 |
Minit Beraksi | 1,149' | 2,758' | 3,229' | 2,708' |
Jumlah jaringan kedua-dua pemain | 27 | 39 | ||
Jumlah bantuan gol kedua-dua pemain | 9 | 18 | ||
Jumlah minit beraksi kedua-dua pemain | 3,907' | 5,937' | ||
Purata minit setiap gol (individu) | 114.9 minit | 162.2 minit | 140.4 minit | 169.3 minit |
Purata minit setiap bantuan gol (Individu) | 287.3 minit | 551.6 minit | 461.3 minit | 246.2 minit |
Purata minit setiap gol (gabungan dua pemain) | 144.7 minit | 152.2 minit | ||
Purata minit setiap bantuan gol (gabungan dua pemain) | 344.1 minit | 329.8 minit |
Dan setakat 33 perlawanan liga, berikut adalah perbandingan prestasi pasukan bagi musim lepas dan musim ini.
SAINGAN 2017/18 | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
# | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
6 | 33 | 16 | 6 | 11 | 62 | 45 | 17 | 54 |
SAINGAN 2018/19 | ||||||||
# | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
4 | 33 | 20 | 6 | 7 | 66 | 40 | 26 | 66 |