Arsenal pertimbangkan tawaran baru untuk Danny Welbeck pada musim panas ini.

UNAI EMERY telah mendedahkan bahawa Arsenal sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran pembaharuan kontrak kepada Danny Welbeck, dengan penyerang itu sedia kembali menjalani latihan sebelum musim berakhir.


Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan pergelangan kaki kanannya dalam saingan Liga Europa, November lalu ketika bertemu Sporting Lisbon dilaman sendiri dan beliau tidak mungkin dapat kembali beraksi bagi menamatkan saingan musim ini.

Pun begitu, perkembangan proses pemulihan Welbeck disifatkan Emery sebagai sesuatu yang positif apabila beliau menegaskan bahawa pemain tersebut "berkembang dengan baik".

Dalam ketiadaannya itu, Arsenal telah banyak menyesuaikan diri dengan kaedah Unai Emery dengan penyerang Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang menjadi kunci utama pasukan yang seterusnya menimbulkan spekulasi bahawa Welbeck akan dilepaskan musim panas ini.

Kontrak bekas pemain Manchester United itu bakal berakhir pada penghujung musim ini, setelah lima tahun berpindah menyertai Arsenal dan Emery berkata: "Dia berkembang dengan baik (proses pemulihan)"

"Dia bekerja dan mula menyentuh bola serta menjalani latihan di padang. Kemajuannya dengan kecederaan besar berjalan lancar.

"Ia sukar untuk dia bermain musim ini tetapi dia berkembang dengan baik dan mungkin doktor akan memberitahu kami, dia boleh berlatih dengan kami pada minggu-minggu terakhir musim ini.

"Selepas itu, perkara personal dia adalah untuk bercakap dengan kelab (masa depannya)."




A post shared by Danny Welbeck (@dannywelbeck) on

Cadangan Welbeck masih boleh memiliki masa depan bersama Arsenal juga datang dengan Emery yang berusia 47 tahun itu yakin dengan nilai pasukannya yang memerlukan pemain Inggeris.

Pemergian Jack Wilshere ke West Ham pada musim panas lalu, kecederaan Welbeck dan Calum Chambers yang dipinjam ke Fulham telah menyumbang kepada fakta bahawa Arsenal tidak mempunyai pemain dalam skuad England.

Unai Emery sebelum perlawanan menentang Newcastle mengakui kepentingan pemain Inggeris bersama kelab dengan mengatakan setiap pasukan yang bersaing dalam EPL memerlukan pemain Inggeris.

"Setiap pasukan (Inggeris) memerlukan pemain Inggeris." jelas Emery.

"Danny mengalami kecederaan sekarang. Dia pernah bersama pasukan kebangsaan dan kami gembira baginya dan pasukan kebangsaan.

"(Pemain England masa depan) kini berada bersama Arsenal bawah 18 tahun, bawah 19 tahun, bawah 20 tahun dan pasukan bawah 21 tahun.

"Kami mempunyai ramai pemain dengan kemungkinan untuk membesar bersama kami dan menjadi sebahagian daripada masa depan kami, dan juga dengan pasukan kebangsaan."

Post a Comment

Previous Post Next Post