Perbandingan statitisk Liga Perdana Mesut Ozil di bawah Unai Emery dengan musim lalu.

SEBELUM INI masa depan Mesut Ozil di Arsenal menjadi tajuk utama kerana beliau dikatakan gagal mendapat tempat di bawah kendalian Unai Emery.



Pada Januari 2018, Ozil telah menandatangani kontrak jangka panjang baharu yang menjadikan beliau seorang pemain yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab.

Namun bekas pemain antarabangsa Jerman itu mendapati dirinya bagaikan terpinggir daripada skuad permulaan Emery untuk beberapa siri perlawanan.

Dan perkembangan itu menyebabkan kisah beliau bersama Arsenal terus diperkatakan sehingga terdapat laporan mengatakan bahawa Emery berhasrat untuk melepaskan beliau.

Pun begitu, laporan semalam mendedahkan bahawa Emery sangat berpuas hati dan gembira dengan apa yang ditunjukkan Ozil dalam memenuhi kehendak taktikal yang diingininya selaku pengendali kelab.

BACA : Unai Emery gembira dengan Mesut Ozil

Arsenal malam ini akan menentang Everton ditempat lawan bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan setiap kali menjelang perlawanan, persoalan yang sering bermain di fikiran adakah pengendali The Gunners itu akan menurunkan Ozil dalam kesebelasan permulaan pasukan?


Bagi penulis, ianya sangat teruja untuk melihat bagaimanakah prestasi Ozil malam ini (sekiranya diturunkan) selepas pendedahan Emery mengenai 'hubungan' mereka berdua yang boleh dikatakan 'selesai', sebelum ini mereka berdua menerima laporan negatif oleh kebanyakkan media untuk beberapa bulan terkini.

Namun dengan pendedahan Emery itu, ianya melenyapkan segala tomahan yang dilontarkan kepada mereka berdua sebelum ini.

Untuk itu, penulis bawakan lebih dekat statistik Liga Perdana Inggeris, Mesut Ozil bagi musim ini dibawah Unai Emery berbanding dengan kempen terakhir Arsene Wenger di kelab bagi melihat keberkesanan pemain ini dibawah pengendali baharu.

PENAMPILAN
Musim lalu, Ozil secara keseluruhannya hanya beraksi sebanyak 26 perlawanan liga (EPL) dengan kali terakhir membuat penampilan dalam saingan tersebut adalah pada perlawanan ke-31 liga ketika menentang Stoke City ( 1 April 2018).

Dan beliau beraksi penuh (90 minit) bagi perlawanan tersebut.

Manakala bagi musim ini, beliau setakat ini telah membuat sebanyak 19 penampilan liga (setakat 31 perlawanan liga, dan ianya adalah setara dengan pembandingan musim lalu - juga setakat perlawanan  ke-31).

Penurunan (kekurangan ) penampilan sebanyak 27% berbandingan musim lalu dan jika dikira perbezaan minit beraksi diantara musim ini dengan musim lalu, Ozil kehilangan sembilan perlawanan apabila kehilangan 811 minit beraksi musim ini.

Mesut Ozil 2017-18 2018-19
Jumlah Penampilan 26 19
Bermula dalam kesebelasan utama 24 16
Pemain Gantian (masuk) 2 3
Pemain Gantian (dikeluarkan) 3 9
Minit beraksi 2,164' 1,353'



JARINGAN DAN BANTUAN
Dari segi jaringan, Ozil telah menyamai rekod jaringan EPL yang dihasilkan beliau musim lalu, dengan empat gol berjaya dijaringkan beliau.

Mesut Ozil 2017-18 2018-19
Jaringan 4 4
Bantuan gol 8 4

Namun bagi musim ini, beliau masih mampu menambah koleksi jaringan peribadi apabila Arsenal masih mempunyai tujuh baki perlawanan liga.

Pun begitu, dari sudut purata gol yang dijaringkan beliau, musim ini jelas lebih baik berbanding musim lalu apabila berjaya merekodkan 0.21 gol setiap perlawanan.

Berbeza pula dengan bantuan gol yang dihasilkan Ozil musim ini.

Walaupun kadang-kala tidak adil untuk menilai pemain kerana gagal ataupun kurang menghasilkan bantuan gol kerana mereka juga masih memerlukan rakan sepasukan untuk meletakkan bola ke dalam gawang lawan.

Penurunan Ozil dalam menghasilkan ataupun mencipta bantuan gol dapat dikaitkan jumlah penampilan dan minit beraksi beliau musim ini, berbanding musim lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Jika musim lalu beliau telah menghasilkan lapan bantuan gol (setakat 31 perlawanan liga), musim ini beliau sekadar menghasilkan dua bantuan gol sahaja.

Penurunan sebanyak 75% berbanding musim lalu.

Secara puratanyaMesut Ozil telah memberikan gol atau menghasilkan bantuan gol setiap 225. minit dalam Liga Perdana di bawah kendalian Unai Emery, berbanding dengan setiap 180.33 minit pada tahun lalu dibawah kendalian Arsene Wenger.

HANTARAN DAN SERANGAN
Ketepatan hantaran silang (crossing) yang dilakukan Ozil musim ini telah meningkat sebanyak 57.7% (26.% dicatatkan pada musim lalu dan musim ini sebanyak 45%), namun beliau kurang berkesan dalam aksi gelecekkan.

Dan sekali lagi, jumlah penampilan Ozil juga memainkan peranan dalam melakukan hantaran apabila menyaksikan penurunan sebanyak 54%.

Ozil secara purata melakukan 1.5 gelecekan yang berjaya dalam setiap 90 minit pada musim lalu (2017-18), yang mencapai kadar kejayaan sebanyak 71.4%.

Musim ini, kedua-duanya  telah menurun dengan Ozil melengkapkan 0.7 sahaja gelecekan secara purata dengan pada kadar kejayaan lebih teruk berbanding musim lalu (62.5% musim ini).

Walaupun Ozil secara purata menunjukkan peratusan yang meningkat pada ketepatan percubaan yang dilakukan beliau, namun jika dilihat pada jumlah percubaan yang dilakukan beliau musim ini, ianya jelas menunjukkan penurunan sebanyak 79.5 % berbanding musim lalu.

Statistik serangan Ozil dalam saingan EPL.
SERANGAN 2017/18 2018/19
Gol 4 4
Gol per perlawanan 0.15 0.21
Gol melalui tandukan 1 0
Gol dengan kaki kanan 0 0
Gol dengan kaki kiri 3 4
Gol melalui penalti 0 0
Gol melalui sepakan percuma 0 0
Percubaan 39 8
Percubaan tepat 14 4
Ketepatan percubaan % 36% 50%
Terkena palang atau tiang 0 1
Terlepas peluang keemasan
(Big chances missed)
4 1



Rekod hantaran dan statistik Mesut Ozil musim lalu (2017/18) dan musim ini dalam saingan EPL.
HANTARAN 2017/18 2018/19
Assists 8 2
Passes 1,809 832
Passes per match 69.58 43.79
Big chances created 13 3
Crosses 98 29
Cross accuracy % 26% 45%
Through balls 18 7
Accurate long balls 57 24

BERTAHAN (DEFENCE)
Dari segi bertahan ataupun membantu pertahanan pasukan, Ozil musim lalu lebih banyak melakukan recovery berbanding musim ini.

Walaupun Emery lebih dilihat defensive berbanding Wenger dalam taktikal pasukan, Ozil lebih banyak melakukan takcles yang berjaya musim lalu dengan 65% kejayaan berbanding 45% musim ini.

Cuma Ozil dilihat menunjukkan peningkatan pada aerial battles won sebanyak 5 berbanding 1 musim lalu.

BERTAHAN 2017/18 2018/19
Tackles 20 11
Tackle success % 65% 45%
Blocked shots 13 2
Interceptions 12 4
Clearances 5 3
Headed Clearance 2 1
Recoveries 100 69
Duels won 79 52
Duels lost 92 52
Successful 50/50s 36 14
Aerial battles won 1 5
Aerial battles lost 12 8
Errors leading to goal 0 0



KESELURUHAN
Secara keseluruhan musim ini, Mesut Ozil telah merekodkan 0.27 gol untuk setiap 90 minit perlawanan dengan 0.13 bantuan gol dihasilkan sepanjang 90 minit beliau beraksi.

Beliau secara purata menjaringkan gol setiap 338 minit dan bantuan gol dihasilkan setiap  677 minit serta menerima kad kuning secara purata setiap 1353 minit untuk keseluruhan penampilan beliau bersama Arsenal.

Statistik Ozil secara keseluruhan musim ini (2018/19) bersama Arsenal.


Post a Comment

Previous Post Next Post