Bekas pemain Arsenal, Edu sedia kembali ke Emirates sebagai pengarah teknikal.

EDU bakal menyertai Arsenal sebagai Pengarah Teknikal dengan pemain Brazil berusia 17 tahun, Gabriel Martinelli bakal ditandatangani pada musim panas nanti.



Bekas pemain tengah Arsenal, Edu merupakan penyelaras pasukan kebangsaan Brazil ketika ini dan bekas pemain The Gunners yang berusia 40 tahun itu menjadi calon utama untuk memegang jawatan selaku Pengarah Teknikal Arsenal selepas Monchi memilih untuk kembali ke Sevilla.

Sebelum ini, nama Monchi begitu kuat diperkatakan untuk mengisi jawatan tersebut di Emirates, namun selepas meninggalkan Roma, beliau kembali ke pangkuan kelab Sepanyol dan bukannya menyertai Arsenal.

Edu mempunyai hubungan sejarah dengan kelab London ini dimana beliau merupakan sebahagian daripada skuad The Invincibles pada musim 2003-04 dan dilihat sebagai calon yang ideal, namun beliau tidak akan menyertai The Gunners dalam masa terdekat ini. 

Ini kerana Brazil merupakan tuan rumah Copa America pada musim panas ini dan beliau enggan berpindah (meninggalkan pasukan Brazil) buat masa ini, sehingga berakhirnya kejohanan tersebut.

Skuad The Invincibles Arsenal musim 2003-04
Walaupun Edu tidak akan menyertai Arsenal sehingga kejohanan Copa Amerika berakhir pada bulan Julai ini, kekosongan jawatan tersebut pada jendela perpindahan musim panas ini nanti tidak menghalang aktiviti pembelian dan pencarian pemain baharu untuk Arsenal.



Dan ianya juga tidak menghalang perlantikan bekas pemain tengah Arsenal itu untuk kembali menjadi sebahagian ahli The Gunnners.

Ini kerana, menurut laporan (Daliy Mail), Arsenal telah mengenal pasti Martinelli, yang bermain untuk Ituano sebagai pemain pertama yang bakal ditandatangani pada musim panas nanti.

Pemain penyerang sayap kanan dan kiri serta mampu beraksi pada posisi penyerang, kini dilaporkan dalam proses untuk berpindah London, menyertai Arsenal.


Sekiranya pemain tersebut bersetuju menyertai The Gunners, ianya merupakan pemain pertama yang ditandatangani Emery dalam mengukuhkan pasukan untuk musim depan.

Selain itu, Emery juga sedang mencari beberapa pemain lain terutamanya pada posisi pertahanan tengah dan kiri serta pemain sayap.

Post a Comment

Previous Post Next Post