Siapa yang bermain dan siapa yang direhatkan, menjelang pertemuan menentang Crystal Palace.

BAGAIMANA Emery memutuskan bila dan siapakah yang bakal dimainkan, serta bagaimana penggiliran pemain dilakukan.



Pada peringkat ini bagi musim ini, tiada alasan lagi buat pasukan dan pemain untuk terus berjuang mempamerkan aksi cemerlang dalam menamatkan saingan dikelompok terbaik liga.

Arsenal bakal menentang Crystal Palace dan bermain dilaman sendiri esok (jam 11 malam waktu Malaysia), kemenangan adalah keputusan yang diharapkan baik daripada penyokong mahupun pengendali pasukan, Unai Emery.

Namun faktor kepenatan selepas beraksi di Naples menentang Napoli dalam saingan Liga Europa mungkin menjadi halangan dan menjejaskan persiapan Emery.

Jadi, bagaimanakah Unai Emery menentukan siapa dan bilakan pemain akan ditukarkan dalam sistem penggiliran pemain?

Dan apakah kaedah yang digunakan untuk membuat penilaian tersebut?




Menurut penjelasan Emery, ianya adalah penting untuk melakukan penggiliran pemain dalam sistem dan taktikal beliau terutamanya ketika menentang Crystal Palace nanti.

"Kami selesaikan perlawanan pertama, kemudian berehat dan pulih semula pemain yang bermain 90 minit," kata Emery kepada Arsenal Player

"Mereka yang tidak bermain, melakukan latihan secara fizikal dan taktikal dan selepas itu kami akan memutuskan siapa yang boleh bermain 100 peratus untuk perlawanan seterusnya dan juga (yang terbaik) dalam sistem, atau (jika sekiranya) keputusan taktikal untuk berada di dalam yang kesebelasan utama.

"Pertama (saya bertanya kepada pemain) bagaimana dengan kecederaan mereka, kedua adalah bagaimana keadaan fizikal mereka, dan ketiga adalah pihak lawan dan apa yang mereka mahukan dari kami untuk perlawanan. Juga bagaimana kami mampu meningkatkan keupayaan dan idea untuk mengalahkan mereka.

"Kami bekerja dengan banyak data mengenai pemain kami dan pemain lawan. Selepas keputusan taktikal kami untuk perlawanan seterusnya, kami akan membuat keputusan untuk barisan permulaan bagi perlawanan seterusnya.

"Ia sangat penting untuk pemain bersedia untuk bermain. Kesebelasan utama adalah sangat penting, tetapi pemain di bangku simpanan juga penting, yang boleh memberi impak besar. Kami memerlukan impak besar apabila kita sedang ketinggalan atau seri.

"Apabila kita perlu mencatatkan keputusan yang baik pada minit terakhir, kadang-kala ia boleh menjadi defensif atau offensif, tetapi saya sangat gembira dan saya teringat dengan ramai pemain ketika kami memutuskan XI utama, dimana terdapat pemain yang mampu memberikan impak ketika mereka bermula dibangku simpanan. Itu sangat penting. "

Post a Comment

Previous Post Next Post