Yannick Carrasco sedia tinggalkan China dan 'mesej jelas' untuk Arsenal

SELEPAS kecewa pada jendela perpindahan Januari lalu, 'mesej jelas' dihantar kepada Arsenal menjelang perpindahan musim panas ini.



Pemain kelab China, Yannick Carrasco (25 tahun) yang beraksi untuk Dalian Yifang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal pada Januari lalu setelah pemain sayap itu dikatakan mahu kembali ke Eropah.


Bagaimanapun, ianya kekal menjadi sebagai rumors setelah jendela perpindahan Januari ditutup, namun begitu kisah perpindahan beliau ini kembali diperkatakan menjelang jendela perpindahan musim hadapan.

Dengan saingan liga bakal menamatkan aksi dalam beberapa bulan lagi, jendela perpindahan musim panas juga bakal dibuka dan sudah tentu rumors perpindahan kembali rancak disajikan kepada peminat dan penyokong.

Menurut laman FcInterNews.it, mereka mendakwa bahawa The Gunners berada dalam kedudukan terbaik untuk menandatangani pemain antarabangsa Belgium itu, tetapi tiada persetujuan dibuat.

Dan perkembangan terkini melibatkan pemain berusia 25 tahun itu, Carrasco dilaporkan berazam untuk mencuba sekali untuk berpindah keluar dari Liga China dan berhasrat untuk beraksi di Serie A atau Liga Perdana Inggeris pada musim panas nanti. 

Kontrak semasa Carrasco bersama Dalian hanya akan berakhir pada tahun 2022, ini bermakna  mana-mana kelab yang mahukan khidmat beliau perlu membayar sekurang-kurangnya €35 juta  kepada kelab tersebut.

Laporan itu turut mendakwa bahawa ejen kepada bekas pemain Atletico Madrid itu berharap dapat meyakinkan Dalian untuk melepaskan client mereka, sekiranya mereka dapat mencari mana-mana kelab yang sedia membuat tawaran sekitar €25 juta.

Namun sekiranya mereka gagal untuk membawa mana-mana tawaran dan perkara tersebut tidak berlaku, pemain sayap tersebut tidak akan meninggalkan kelab itu.

Perkara tersebut, jelas memberi isyarat kepada Arsenal dan juga beberapa pasukan Itali yang berminat terhadap pemain itu seperti  Inter Milan dan AC Milan.

Mereka (kelab-kelab tersebut) dan juga mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Carrasco hanya perlu membuat tawaran sebagaimana dinyatakan tadi, antara  €25 - €35juta.

Sementara itu, pengurus besar Dalian, Zhou Junh menyedari situasi yang melanda Carrasco ketika ini dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menghalang kelab untuk melepaskan pemain itu sekiranya terdapat tawaran yang menguntungkan.

"Dia mempunyai kontrak dengan kelab dan tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan kelab mengikut kehendak dia." kata Jun kepada Dalian City News.

"Tetapi, jika Carrasco akhirnya memutuskan untuk kembali ke Eropah, maka kami akan cuba mencari jalan yang terbaik untuk kedua-dua pihak bagi menyelesaikan masalah ini.

"Jika terdapat kesukaran, kita akan lihat kesukaran (pihak) mana lebih besar. Jika ia lebih sukar untuk kelab, saya percaya Carrasco akan kekal. Jika ia lebih sukar untuk Carrasco, kedua-dua kelab dan peminat akan memahaminya (meninggalkan kelab pada musim panas ini). "

Adakah Arsenal masih berminat untuk mendapatkan Carrasco dan adakah kita bakal melihat pemain tersebut bersama The Gunners musim depan?

Sekiranya jumlah (nilai) tersebut terlalu tinggi buat Arsenal untuk membelinya, mungkin proses pinjaman pemain juga mampu menyelesaikan isu tersebut. (jangan buat macam Suarez)

Ini kerana Carrasco jelas tidak gembira berada di China dan beliau secara terbuka menegaskan mahu berpindah keluar dari kelab itu untuk kembali ke Eropah.

Dan kesempatan ini harus digunakan sebaiknya oleh Arsenal dalam berunding untuk mendapatkan pemain itu (sekiranya Emery berminat).

Post a Comment

Previous Post Next Post