LEE HARPER mungkin tidak dikenali oleh peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum menyertai Arsenal pada Jun tahun 1994.
Beliau ketika ini berusia 41 tahun dan bersara selaku pemain bolasepak pada tahun 2010, yang mana beliau pada ketika itu merupakan pemain dan juga pengurus pasukan untuk kelab Kettering Town.
Harper menyertai Arsenal pada tahun 1994 (usia ketika itu 22 tahun) dan penyertaan beliau daripada kelab tidak ternama hanya memakan kos sebanyak £150,000.
Dan jumlah tersebut merupakan satu nilai yang tinggi dibayar kepada sebuah kelab yang tidak bermain dalam struktur liga utama.
Arsenal membeli Harper daripada kelab Sittingbourne yang bermain dalam Southern League Premier Division dimana liga tersebut di wakili oleh pasukan-pasukan bertaraf semi-pro.
Walaupun menyertai Arsenal pada tahun 1994, namun beliau hanya berjaya membuat penampilan pada dua musim berikutnya.
Dan satu-satunya penampilan beliau adalah ketika The Gunners menentang Southampton pada 15 Mac 1997.
Dan satu-satunya penampilan beliau adalah ketika The Gunners menentang Southampton pada 15 Mac 1997.
15 March 1997: Lee Harper’s one and only game. He moved on to QPR in the summer. He cost Arsenal £150,000 pic.twitter.com/gACEnjm9rh— Arsenal On This Day (@AFC_OnThisDay) March 15, 2015
DETIK AWAL
Sebelum menyertai Arsenal, Harper yang mewakili kelab Eltham Town, terlebih dahulu menandatangani kontrak bersama Sittingbourne yang mana perjanjian tersebut dilakukan selepas persembahan beliau ketika menentang kelab itu berjaya memikat pengurusan kelab tersebut .
"Saya mendapati diri saya bagaikan kisah Roy of the Rovers, yang baru berada di tempat yang betul pada masa yang tepat," kata Harper.
"Saya bermula dengan kelab bukan liga di Eltham Town, di mana saya diminta untuk menandatangani kontrak bersama Sittingbourne selepas bermain menentang mereka.
![]() |
Roy of the Rovers adalah komik British berkisarkan tentang kehidupan dan masa pemain bolasepak fiksyen bernama Roy Race yang bermain untuk Melchester Rovers. |
"Perkara berikutnya, Arsenal memantau pemain tengah kami, Neil Emblem, kerana Sittingbourne menghasilkan ramai pemain bolasepak pada masa itu - empat pemain meninggalkan kelab untuk menyertai pasukan liga pada tahun itu.
"Saya teringat hari itu dimana Arsenal datang menonton saya di Moor Green. Kemudian mereka menonton saya sekali lagi di laman sendiri dan menjemput saya untuk percubaan - dua perlawanan menentang Charlton dan Crystal Palace.
"Mereka menyaksikan segalanya dan yakin dengan kemampuan saya, memberikan saya kontrak itu, jadi itu satu penghormatan dan satu mimpi.
"Saya sentiasa percaya bahawa saya boleh melakukannya dan ia akhirnya berjaya. "
"Saya sentiasa percaya bahawa saya boleh melakukannya dan ia akhirnya berjaya. "
![]() |
Neil Emblen, pemain tengah Sittingbourne yang menjadi sasaran Arsenal namun terpikat denagn aksi Lee harper. Beliau (47 tahun) merupakan penolong jurulatih Colorado Rapids. |
MENGORAK LANGKAH
Bersama Arsenal di tahun pertama, Harper lebih banyak berlatih daripada beraksi dengan mendapat tunjuk ajar daripada David Seaman serta berada di bawah kendalian legenda kelab, Bob Wilson, selaku jurulatih penjaga gol.
Beliau terus berusaha untuk menyesuaikan diri bersama Arsenal dan bersaing merebut tempat di dalam pasukan, yang mana akhirnya peluang yang ditunggu-tunggu itu mucul ketika saingan Liga Perdana menentang Southampton.
"Tahun pertama agak sukar kerana saya masih ingat John Ryan (bekas pengurus Sittingbourne) meletakkan kisah di salah satu surat khabar tempatan dengan mengatakan 'anda mempunyai kiper helluva di sini' dan 'dia boleh menyaingi Dave Seaman'," kata Harper.
"Saya tidak menyedari bahawa saya mempunyai keinginan dan semangat ini serta kehendak semulajadi, tetapi saya tidak mempunyai jurulatih penjaga gol untuk tempoh kira-kira enam bulan sebelum saya menandatangani untuk Arsenal.
"Saya begitu jauh dari segi teknikal berbanding David Seaman, yang merupakan penjaga gol England.
"Musim pertama, hanya dipenuhi dengan latihan setiap hari, menonton dan belajar, ia membantu teknik saya.
"Saya berada di bangku simpanan dalam tempoh dua tahun pertama dan pada tahun ketiga saya benar-benar merasakan saya sudah bersedia, tetapi tidak mempunyai pengalaman (beraksi) adalah perkara besar bagi penjaga gol. "
Walau bagaimanapun, pada 15 Mac 1997, dengan Seaman dan John Lukic kedua-duanya diketepikan ekoran kecederaan, Harper menjadi harapan dan taruhan Arsene Wenger untuk perlawanan di The Dell (Southampton).
Harper bermain di belakang tonggak pertahanan, Tony Adams, Martin Keown dan Nigel Winterburn termasuklah Patrick Vieira dan Dennis Bergkamp yang semakin meningkat (prestasi) di padang, pada bahagian tengah dan mereka berjaya mencatatkan kemenangan dengan keputusan 2-0, hasil jaringan Stephen Hughes dan Paul Shaw.
"Saya tahu saya akan bermain ketika David Seaman cedera," kata Harper.
![]() |
Paul Shaw merupakan pemain akademi Arsenal yang beraksi untuk skuad utama dari tahun 1991 sehingga 1997. |
![]() |
Stephen Hughes merupakan pemain akademi Arsenal yang beraksi untuk skuad utama dari tahun 1995 sehingga 2000. |
"John Lukic telah dibawa masuk dan ketika saya bercakap dengan Arsene mengenainya, dia berkata dia membawanya kerana perlawanan Eropah bagi menambah pengalaman dan kekuatan pasukan.
![]() |
John Lukic menghabiskan karier bolasepaknya dengan hanya mewakili dua kelab iaitu Leeds United dan Arsenal. |
"Saya fikir, saya mengetahui pada hari Jumaat bahawa saya akan bermain, yang seterusnya membenarkan saya mempersiapkan mental untuk hari Sabtu.
"Saya masih ingat aksi saya menyelamatkan percubaan Matt Le Tissier dari jarak enam ela, ia benar-benar tiada yang lebih baik dari itu, ia adalah permainan yang hebat untuk beraksi."
TOLAK TAWARAN BARU
Walaupun berjaya mencatatkan rekod bersih tanpa bolos pada perlawanan pertama beliau, namun Harper jelas nekad membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal.
Arsene Wenger telah menawarkan beliau kontrak lanjutan dua tahun dan berjanji untuk menjadi beliau No.2 dibelakang Seaman, namun Harper telah membuat keputusan dimana beliau merasakan sudah tiba masanya untuk keluar dan beliau menyertai bekas pengurus The Gunners, Bruce Rioch di QPR.
"Saya berbincang dengan Arsene dan dia memberikan saya satu lagi perjanjian selama dua tahun," kata Harper.
![]() |
Bruce RIoch (kanan) individu yang membawa masuk Dennis Bergkamp ke Arsenal, namun beliau hanya mengendalikan The Gunners untuk tempoh semusim sahaja (1995-1996). |
"Sememangnya saya sukakan bolasepak, saya adalah peminat kelab, saya mendapati diri saya tidak akan bermain banyak kerana Dave Seaman dan kelab itu juga telah mengambil Alex Manninger.
"Arsene berkata saya akan bermula di hadapannya (Alex Manninger), tetapi saya tidak percaya 100 peratus yang akan berlaku, saya rasakan adalah lebih baik jika saya berpindah.
"Tetapi Arsenal adalah institusi hebat. Anda sedar sebaik sahaja anda meninggalkan kelab, tidak ada yang boleh dibandingkan dengannya. "
QPR
Bersama QPR dan juga Rioch, Harper diberi kepercayaan oleh bekas pengurus Arsenal itu untuk menjadi No.1 di kelab tersebut.
Bagaimanapun nasib beliau bersama kelab tersebut selama empat tahun, sama sebagaimana nasib kelab itu yang ada pasang surutnya.
"Anda sedar akan semua dan akhirnya semuanya adalah bolasepak untuk pasukan utama," kata Harper.
"Jika anda seorang penjaga gol di Arsenal dan anda seorang pemain untuk pasukan utama, anda sentiasa berpeluang untuk berpindah kerana Arsenal tidak menghasilkan penjaga gol yang teruk.
"Saya mempunyai peluang untuk bekerja dan belajar dari yang terbaik Bob Wilson.
"Bruce Rioch dan Stewart Houston yang menyertai QPR tahu apa yang boleh saya lakukan, mereka membuat tawaran, dan saya rasa ia adalah satu lagi kelab London dan ianya sangat bagus.
"Mereka bercakap mengenai peluang saya untuk beraksi, yang saya sangat perlukan. Saya pergi ke sana dan, walaupun terdapat beberapa kecederaan, saya masih mampu bermain 140 kali dalam liga sepanjang tempoh saya di sana, empat tahun dan saya sangat menikmatinya.
"Ia adalah kelab keluarga yang hebat dan ia adalah tempat yang tidak akan saya lupakan, tetapi pasukan itu tidak mempunyai banyak kejayaan pada masa itu, terdapat banyak kekacauan dengan pentadbiran.
"Orang mengatakan bahawa sebaik sahaja anda meninggalkan Arsenal, tidak ada perbandingan lain, dan saya boleh faham, tetapi saya tidak menyesal dengan keputusan saya."
SOROTAN KARIER
Beraksi untuk Northampton dan Kettering selepas meninggalkan QPR dan Walsall, terdapat beberapa momen yang tidak dapat dilupakan oleh penjaga gol ini, yang memenangi PFA Pemain Terbaik Divisyen pada musim 2003-04 ketika bersama Cobblers (Northampton FC), selain beberapa siri perlawanan Piala FA yang hebat.
Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kenangan terbaiknya dalam karier bolasepak, Harper berkata:
"Debut saya di Arsenal ada di sana.
"Selain itu, menjadi sebahagian daripada skuad, perjalanan ke final Piala Pemenang (Cup Winners’ Cup) yang kami kalah kepada Real Zaragoza dengan gol Nayim dari separuh padang, adalah sesuatu yang ingin saya lupakan.
"Dengan Northampton, perlawanan Piala FA menentang Man. United di mana saya menyelamatkan sepakan penalti dari Diego Forlan dan sehingga ke hari ini, ia masih menjadi bualan, walaupun kami kalah 3-0.
![]() |
Harper menyelamatkan sepakan penalti Forlan. |
REKOD SEBAGAI PEMAIN | ||
---|---|---|
Musim | Pasukan | Penampilan dalam EPL |
- | Eltham Town | |
–1994 | Sittingbourne | |
1994–1997 | Arsenal | 1 |
1997–2001 | Queens Park Rangers | 128 |
2001–2002 | Walsall | 3 |
2002–2007 | Northampton Town | 156 |
2006–2007 | → Milton Keynes Dons (dipinjamkan) | 11 |
2007 | Milton Keynes Dons | 11 |
2007–2010 | Kettering Town | 112 |
REKOD SEBAGAI PENGURUS | |
---|---|
Musim | Pasukan |
2009–2010 | Kettering Town |
Lee Harper, dari seorang pemain yang tidak dikenali yang beraksi untuk pasukan bukan liga, akhirnya berjaya menyertai Arsenal dan seterusnya membawa beliau ke Liga Perdana Inggeris.