Penjaga gol Arsenal dahulu dan kini.

DAVID SEAMAN merupakan penjaga gol Arsenal yang paling banyak membuat penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini.



Semenjak Liga Perdana Inggeris (EPL) mula diperkenalkan pada musim 1992/93, David Seaman telah membuat 325 penampilan untuk Arsenal dan jika dicampur dengan penampilan beliau sebelum itu bagi saingan Divisyen 1 (1990/91 dam 1991/92), jumlah keseluruhan bagi saingan EPL sahaja adalah sebanyak 405.

Lee Harper, Vince Bartram, Richard Wright, Rami Shaaban dan Mart Poom merupakan penjaga gol paling sedikit membuat penampilan dalam saingan EPL buat Arsenal apabila masing-masing hanya membuat satu penampilan sahaja.

Dan Harper juga merupakan penjaga gol yang paling kurang membuat penampilan secara keseluruhan bersama Arsenal, dengan hanya sekali sahaja dan diikuti Mart Poom dengan dua kali secara keseluruhan.

Lee Harper merupakan penjaga gol pilihan ketiga Arsenal di belakang Vince Bartram dan David Seaman, dan hanya membuat satu penampilan untuk pasukan utama ketika mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Southampton pada 15 Mac 1997.
Penjaga gol utama Arsenal paling muda adalah Wojciech Szczesny dimana beliau menjadi pilihan utama untuk mengawal gawang The Gunners pada usia 19 tahun.

Dan beliau berjaya menewaskan Lukasz Fabianski (24 tahun), Manuel Almunia (32 tahun) dan *Jens Lehmann (40 tahun) pada musim 2010/11.

*Lehmann mneyertai Arsenal pada musim 2010/11 setelah krisis kecederaan melanda penjaga gol - Wojciech Szczęsny, Łukasz Fabiański dan Vito Mannone dan beliau pada 17 Mac 2011 menandatangani kontrak bersama Arsenal sehingga ke akhir musim tersebut.

Fabianski dan Szczesny pada musim 2010/11 merupakan penjaga gol utama Arsenal.

Lehmann juga merupakan penjaga gol paling tua yang membuat penampilan EPL buat Arsenal pada usia 40 tahun dan hanya membuat sekali penampilan sahaja (musim 2010/11).

Selain itu, beliau (Lehmann) telah membuat penampilan penuh semusim (38 perlawanan) sebanyak dua kali iaitu pada musim 2003/04 (pada usia 33 tahun) dan 2005/06 (usia 35 tahun), pencapaian tersebut turut dicatatkan Szczesny (pada usia 20 tahun) musim 2011/12 dan juga David Seaman pada musim 1995/96 di usia 31 tahun.

Bagi penulis, sememangnya tidak dinafikan bahawa Seaman dan Lehmann merupakan lagenda kelab dan juga lagenda penjaga gol Arsenal, namun sekiranya Wojciech Szczesny tidak meninggalkan Emirates, sudah pasti beliau juga mampu mencipta nama sebagai lagenda kelab dan penjaga gol The Gunners.

Pada usia muda beliau telah diberikan tanggungjawab besar untuk mengawal benteng terakhir Arsenal dan mungkin juga beliau tersilap langkah dengan disiplin beliau ketika bersama kita dahulu.

Kini, beliau bersama Juventus di usia 28 tahun dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 pada 18 April ini, beliau semakin matang dan berjaya beraksi dengan baik.

Pun begitu, kita ketika memiliki Bernd Leno (27 tahun) yang dilihat berada pada prestasi terbaik beliau dan Emiliano Martinez (26 tahun) yang dipinjamkan Reading musim ini.

Diharapkan mereka berdua mampu mencipta karier yang bersinar bersama Arsenal.

Senarai penjaga gol Arsenal dalam saingan EPL.
Penjaga Gol Jumlah Musim
Di Gunakan
Dalam EPL
Rekod Penampilan
Keseluruhan
Bersama Kelab
Alan Miller 2 9
David Seaman 11 562
Vince Bartram 1 11
Lee Harper 1 1
John Lukic 2 49
Alexander Manninger 4 53
Stuart Taylor 2 29
Richard Wright 1 22
Rami Shaaban 1 5
Jens Lehmann 6 200
Manuel Almunia 6 175
Mart Poom 1 2
Lukasz Fabianski 6 78
Vito Mannone 3 23
Wojciech Szczesny 5 181
Emiliano Martínez 2 14
David Ospina 4 70
Petr Cech 4 134
Bernd Leno musim pertama 29

Berikut adalah senarai penjaga gol Arsenal setiap musim bagi penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain / Umur pada ketika itu Penampilan Tanpa Bolos Bolos Minit Beraksi
18/19 Premier League
Bernd Leno / 26 tahun 25 8 33 2,206
Petr Cech / 35 tahun 7 7 19 585
17/18 Premier League
Petr Cech / 34 tahun 34 12 51 3,040
David Ospina / 28 tahun 5 9 20 381
16/17 Premier League
Petr Cech / 33 tahun 35 13 38 3,098
Emiliano Martínez / 23 tahun 2 3 5 180
David Ospina / 27 tahun 2 4 22 143
15/16 Premier League
Petr Cech / 32 tahun 34 20 42 3,060
David Ospina / 26 tahun 4 4 17 360
14/15 Premier League
David Ospina / 25 tahun 18 10 17 1,620
Wojciech Szczesny / 23 tahun 17 9 31 1,499
Emiliano Martínez / 21 tahun 4 3 5 302
13/14 Premier League
Wojciech Szczesny / 22 tahun 37 22 46 3.330
Lukasz Fabianski / 27 tahun 1 3 9 90


Pemain / Umur pada ketika itu Penampilan Tanpa Bolos Bolos Minit Beraksi
12/13 Premier League
Wojciech Szczesny / 21 tahun 25 12 34 2,250
Vito Mannone / 24 tahun 9 3 16 810
Lukasz Fabianski / 26 tahun 4 2 3 360
11/12 Premier League
Wojciech Szczesny / 20 tahun 38 18 57 3,420
10/11 Premier League
Wojciech Szczesny / 19 tahun 15 10 25 1,350
Lukasz Fabianski / 24 tahun 14 5 22 1,260
Manuel Almunia / 32 tahun 8 4 16 720
Jens Lehmann / 40 tahun 1 0 1 90
09/10 Premier League
Manuel Almunia / 31 tahun 29 13 39 2,610
Vito Mannone / 21 tahun 5 3 8 450
Lukasz Fabianski / 23 tahun 4 2 16 360
08/09 Premier League
Manuel Almunia / 30 tahun 32 20 36 2,868
Lukasz Fabianski / 22 tahun 6 10 16 463
Vito Mannone / 20 tahun 1 0 1 90
07/08 Premier League
Manuel Almunia / 29 tahun 29 17 32 2.610
Jens Lehmann / 37 tahun 7 7 10 562
Lukasz Fabianski / 21 tahun 3 4 10 249


Pemain / Umur pada ketika itu Penampilan Tanpa Bolos Bolos Minit Beraksi
06/07 Premier League
Jens Lehmann / 36 tahun 36 13 40 3,240
Mart Poom / 34 tahun 1 2 0 90
Manuel Almunia / 28 tahun 1 5 13 90
05/06 Premier League
Jens Lehmann / 35 tahun 38 24 33 3,420
04/05 Premier League
Jens Lehmann / 34 tahun 28 16 37 2,520
Manuel Almunia / 26 tahun 10 5 14 900
03/04 Premier League
Jens Lehmann / 33 tahun 38 19 47 3,420
02/03 Premier League
David Seaman / 38 tahun 28 18 39 2,520
Stuart Taylor / 21 tahun 8 2 16 678
Rami Shaaban / 26 tahun 3 2 3 222
01/02 Premier League
David Seaman / 37 tahun 17 11 17 1,530
Richard Wright / 23 tahun 12 7 26 1,074
Stuart Taylor / 20 tahun 10 3 17 817


Pemain / Umur pada ketika itu Penampilan Tanpa Bolos Bolos Minit Beraksi
00/01 Premier League
David Seaman / 36 tahun 24 17 35 2.160
Alexander Manninger / 22 tahun 11 4 21 990
John Lukic / 39 tahun 3 3 1 270
99/00 Premier League
David Seaman / 35 tahun 24 10 37 2,115
Alexander Manninger / 21 tahun 15 6 26 1,305
98/99 Premier League
David Seaman / 34 tahun 32 22 26 2,880
Alexander Manninger / 20 tahun 6 4 7 540
97/98 Premier League
David Seaman / 33 tahun 31 14 32 2,790
Alexander Manninger / 19 tahun 7 6 8 630
96/97 Premier League
David Seaman / 32 years 22 10 21 1,980
John Lukic / 35 tahun 15 5 17 1,350
Lee Harper / 24 tahun 1 1 0 90
95/96 Premier League
David Seaman / 31 tahun 38 16 32 3.420


Pemain / Umur pada ketika itu Penampilan Tanpa Bolos Bolos Minit Beraksi
94/95 Premier League
David Seaman / 30 tahun 31 13 41 2,790
Vince Bartram / 25 tahun 11 2 18 990
93/94 Premier League
David Seaman / 29 tahun 39 26 25 3,504
Alan Miller / 23 tahun 4 2 4 276
92/93 Premier League
David Seaman / 28 tahun 39 15 32 3.471
Alan Miller / 22 tahun 4 1 6 310

Post a Comment

Previous Post Next Post