Unai Emery gembira dan berpuas hati dengan Mesut Ozil

MESUT OZIL tunjukkan semangat yang saya mahukan untuk Arsenal.



Pengendali Arsenal, Unai Emery memuji Mesut Ozil setelah pemain Jerman itu memberi tindak balas sebagaimana tuntutan dan kehendak yang diingini beliau.

Jelas Emery berpuas hati dengan apa yang dipamerkan Ozil apabila beliau menyatakan bahawa 'sangat gembira' terhadap prestasi pemain tersebut.

Kehebatan Ozil menjadi persoalan di pertengahan musim ini dengan pengendali pasukan Emery seringkali meninggalkan pemain tersebut dari permulaan kesebelasan utama The Gunners.

Bagaimanapun, pemain playmaker itu muncul dalam 10 daripada 13 perlawanan terakhir Arsenal, bermula tujuh dalam kesebelasan utama dan kemunculannya itu banyak membantu Arsenal apabila  menyaksikan hanya tewas sekali dalam lapan perlawanan kompetitif The Gunners.

Dan Emery memuji Ozil kerana berjaya memberikan apa yang dikehendakinya apabila menjelaskan perkara tersebut dalam sidang media menjelang kunjungan Arsenal ke Everton esok:

"Dia bekerja dengan baik dan bermain dengan baik, dia membantu kami, saya sangat gembira dengannya.

"Sekarang dalam pasukan, kami mempunyai suasana yang baik, semangat yang baik, setiap pemain membantu kami dengan kualiti dan kelakuan baik, inilah semangat yang saya inginkan, mereka melakukan itu dan begitu juga Mesut."

Ozil telah digunakan dalam sistem serangan - menyerang dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan sering bermula bersama trio berbisa The Gunners yang turut dibarisi Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.

Emery menggunakan Aubameyang dari bangku simpanan pada kemenangan 2-0 ketika berdepan Newcastle United ekoran kecederaan ringan pemain itu, namun beliau mampu menggunakan pemain antarabangsa Gabon dalam barisan permulaan The Gunners apabila menentang Toffees yang dijadualkan berlangsung esok, jam 9.05 malam waktu Malaysia.


"Setiap perlawanan berbeza dan setiap perlawanan kita perlu secara taktikal untuk bermain dengan tiga atau empat, kadang-kadang dengan lima, ia bergantung kepada lawan," tambahnya.

"Ia bergantung, secara keseluruhan, pada kualiti pemain kami.

"Selepas kami memerlukan penyerang, Lacazette dan Aubameyang boleh bermain bersama atau seorang, seorang lagi di bangku simpanan. Ia bergantung pada 90 minit bagaimana kami dapat bertindak balas dengan taktikal sama ada dua atau seorang (penyerang).

"Selain itu, ia sangat penting untuk berada bersama komitmen setiap saat untuk membantu kita dan memahami apa yang kita perlukan."

Arsenal berada di tangga keempat Liga Perdana ketika ini dan akan berkungjung ke Goodison Park,  menentang Everton yang telah beraksi 32 perlawanan setakat ini.

Kedudukan Liga
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Liverpool 33 25 7 1 75 20 +55 82
2 Manchester City 32 26 2 4 83 21 +62 80
3 Tottenham Hotspur 32 21 1 10 60 34 +26 64
4 Arsenal 31 19 6 6 65 39 +26 63
5 Chelsea 32 19 6 7 55 34 +21 63
6 Manchester United 32 18 7 7 61 43 +18 61
7 Wolverhampton Wanderers 32 13 8 11 40 39 +1 47
8 Watford 32 13 7 12 47 47 0 46
9 Leicester City 32 13 5 14 42 43 −1 44
10 Everton 32 12 7 13 45 42 +3 43
11 West Ham United 32 12 6 14 41 48 −7 42
12 Bournemouth 32 11 5 16 43 58 −15 38
13 Crystal Palace 32 10 6 16 38 43 −5 36
14 Newcastle United 32 9 8 15 31 42 −11 35
15 Brighton & Hove Albion 31 9 6 16 32 46 −14 33
16 Southampton 32 8 9 15 36 53 −17 33
17 Burnley 32 9 6 17 37 59 −22 3
18 Cardiff City 32 8 4 20 28 61 −33 28
19 Fulham 33 4 5 24 30 76 −46 17
20 Huddersfield Town 32 3 5 24 18 59 −41 14

Post a Comment

Previous Post Next Post