Pasukan manakah paling efektif dalam lima liga utama?

SAINGAN kebanyakkan liga kini semakin menghampiri ke penghujung dan selain menantikan siapakah yang bakal muncul juara, ianya juga sangat dinanti-nantikan untuk mengetahui pemenang bagi saingan Eropah (UCL dan UEL).



Kebanyakkan kelab daripada lima liga utama ini turut beraksi dalam peringkat suku akhir saingan Eropah dan statistik berikut mencerminkan kekuatan setiap pasukan serta memberikan bayangan kepada kita mengenai pasukan yang bakal dihadapi kelak.

Bagi lima liga tertinggi Eropah (Liga Inggeris,Itali, Sepanyol, Jerman dan Perancis), secara realitinya Real Madrid dilihat sebagai pasukan yang kurang berkesan pada jentera serangan.

Dan ini berdasarkan kepada data dan statistik Driblab, dimana mereka telah mengkaji semula keberkesanan setiap pasukan yang menduduki tempat dalam lima liga utama Eropah (setakat 6 Mac).

Statistik yang dihasilkan mereka (driblab) adalah berdasarkan kajian mereka mengenai jangkaan gol dijaringkan dan jangkaan bolos serta gol yang dijaringkan dan dibolosi (dilepaskan).

Dengan cara itu mereka telah telah mendapati bahawa purata gol yang dijangkakan (dijaringkan) setiap pasukan adalah 1.20 gol untuk setiap gol yang berjaya dijaringkan, dan 1.60 gol dilepaskan untuk setiap gol yang dibolosi.

Berdasarkan statistik diatas, lapan pasukan iaitu PSG, Atletico Madrid, Juventus, Tottenham, Liverpool, Barcelona, ​​Gladbach dan Getafe merupakan pasukan yang paling lengkap secara keseluruhan kedua-dua aspek (dalam) serangan dan pertahanan.

Manakala pasukan seperti Sevilla, Chelsea, Lazio, Bayern dan Real Madrid merupakan yang mempunyai masalah pada kedua-dua faktor - serangan dan pertahanan.

Pasukan yang berada di dalam zon hijau, hanya perlu melakukan sedikit usaha dalam menjaringkan gol dan pihak lawan pula perlu menjana lebih banyak (bekerja keras) untuk melakukan percubaan (sasaran) yang diharapkan untuk menghasilkan gol. 

Empat pasukan berada dalam zon kuning, Inter, AC Milan, RB Leipzig dan Deportivo Alaves merupakan pasukan yang memiliki sistem pertahanan yang cukup baik tetapi bermasalah untuk menjaringkan gol. 
Arsenal pula berada didalam zon oren yang mana pasukan yang berada didalam zon ini merupakan pasukan yang sangat berkesan dalam serangan namun tidak memiliki kekuatan yang sama pada bahagian pertahanan yang menyebabkan senang dibolosi.

Bersama The Gunners adalah pasukan Borussia Dortmund dan Eintracht Frankfurt yang merupakan contoh pasukan yang memiliki serangan terbaik yang berkesan (Aubameyang, Alcacer-Sancho-Reus, Jovic dan Haller).

Sancho-Alcacer-Reus, jentera serangan berbisa Dortmund.
Zon merah pula menjelaskan dimana pasukan-pasukan yang berada didalam zon ini tidak memiliki kekuatan pada kedua-dua faktor (serangan dan pertahanan). 

Real Madrid dan Bayern merupakan nama besar yang berada didalam zon ini bersama Roma dan Chelsea.

Lawan Arsenal pada saingan suku akhir Liga Europa, Napoli pula dilihat tidak memiliki kekuatan pada bahagian serangan dan juga pertahanan, namun mereka juga tidak memiliki kelemahan pada kedua-dua bahagian tersebut.

PSG mungkin dilihat begitu efektif dan berkesan, namun harus diingat bahawa liga Perancis tidaklah begitu kompetitif 😝 berbanding liga-liga utama lain (sekadar pendapat penulis).

Walaupun jadual diatas  tidak mencerminkan kekuatan dan kelemahan sebenar pasukan, namun ianya dapat membantu kita semua memahami mengenai keupayaan setiap pasukan dan jangkaan ketika berdepan setiap pasukan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post