Ramsey antara pemain paling efisien di Eropah dikalangan pemain 5 liga utama.

AARON RAMSEY berada dikalangan pemain paling efisien untuk lima liga utama Eropah.



Berdasarkan statistik, Ramsey dijangka mampu menghasilkan lebih daripada satu bantuan gol dalam setiap 90 minit apabila dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dan beliau merupakan pemain ketiga terbaik di Eropah selepas pemain Juventus, Bernardeschi dan pemain Lazio, Correa.

Federico Bernardeschi, 25 tahun merupakan pemain sayap Juventus dan Itali. 
Aaron Ramsey musim depan ataupun lebih tepat lagi pada musim panas ini akan meninggalkan Emirates untuk menyertai Juventus secara percuma.

Dan pemain kebangsaan Wales itu gagal untuk menjadi salah seorang pemain tetap dalam skuad permulaan Arsenal di bawah kendalian Unai Emery musim ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu tetap kekal sebagai pemain yang berada dibangku simpanan setiap perlawanan dan mampu memberikan sesuatu serta mampu mengubah corak permainan The Gunners jika diberi peluang bermain (masuk) sebagai pemain gantian.

Menurut statistik dan data agensi driblab, Ramsey mampu mencipta lebih daripada satu gol dalam setiap 90 minit dan juga mampu menghasilkan lebih daripada satu bantuan gol kepada rakan sepasukan setelah masuk (beraksi) sebagai pemain gantian atau sebagai 'super-sub'.


Keterangan:

1. pemain yang berada didalam kawasan berwarna biru, merupakan pemain yang masuk sebagai pemain gantian (dari bangku simpanan) dan menghasilkan bantuan gol (jangkaan).

2. pemain yang berada didalam kawasan hijau, merupakan pemain yang dijangkakan mampu menghasilkan jaringan gol.

3. pemain yang berada ditengah-tengah kawasan antara biru dan hijau ataupun kawasan berwarna kuning, merupakan pemain yang lengkap dengan kebolehan menyumbang kedua-dua faktor tersebut (jaringan dan bantuan gol).

Statistik tersebut jelas merupakan hasil yang cukup luar biasa buat Ramsey dan hanya pemain Juventus, Federico Bernardeschi dan pemain Lazio, Joaquin Correa mungkin mempunyai angka yang lebih baik di kalangan pemain untuk lima liga tertinggi di Eropah.

Musim ini, Ramsey telah membuat 25 perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan 12  perlawanan beliau telah bermula bersama kesebelasan utama Arsenal.

Saingan 2018/19 Disenaraikan
dalam skuad

Penampilan Jaringan Bantuan
Gol
Masuk
(pemain gantian)
Dikeluarkan Gol
per minit
Jumlah
minit permainan
Liga Perdana Inggeris 28 25 3 6 13 8 382' 1,146'

Rekod dan statistik Ramsey dalam saingan liga musim ini juga menyaksikan dimana hanya satu daripada tiga gol dan dua daripada enam bantuan gol yang dihasilkan beliau adalah ketika beliau bermula dalam kesebelasan utama, yang selebihnya adalah dihasilkan apabila beliau masuk sebagai pemain gantian.

Best game charger --> RAMBO!

Post a Comment

Previous Post Next Post