2019 Emirates FA Cup Giant-Killing Award

Gambar sekadar ilusi semata-mata.

KEMENANGAN Oldham Athletic keatas Fulham memberikan mereka Anugerah Emirates Piala FA Giant-Killing.


Oldham Athletic telah memenangi anugerah ini bagi perlawanan mereka yang berjaya menumpaskan Fulham di pusingan ketiga kejohanan Piala FA 2018/19. 

Anugerah tersebut akan dipersembahkan kepada kelab itu di Stadium Wembley pada hari perlawanan akhir The Emirates FA Cup yang akan dilangsungkan pada hari Sabtu 19 Mei (Ahad 20 Mei, jam 12 malam waktu Malaysia).

Berikut adalah pemenang edisi terdahulu:
  1. Crawley Town (2011)
  2. Swindon Town (2012) 
  3. Luton Town (2013)
  4. Sheffield United (2014)
  5. Bradford City (2015)
  6. Chesham United (2016)
  7. Lincoln City (2017)
  8. Wigan Athletic (2018)
Kelab dari Liga Dua berjaya mengalahkan saingan daripada AFC Wimbledon, Barnet dan Newport County dalam pemilihan anugerah tersebut apabila memperolehi 34 peratus undian yang dijalankan melalui laman TheFA.com.

Berikut adalah senarai pasukan dan perlawanan mereka yang di senarai pendek bagi pemilihan dan undian anugerah ini.

  • Oldham Athletic dicalonkan bagi perlawanan mereka menewaskan Fulham 2-1 dilaman lawan pada pusingan ketiga.
  • AFC Wimbledon dicalonkan bagi perlawanan mereka menewaskan West Ham 4-2 dilaman sendiri pada pusingan keempat. 
  • Newport County  dicalonkan bagi perlawanan mereka menewaskan Leicester City 2-1 dilaman sendiri pada pusingan ketiga.
  • Barnet dicalonkan bagi perlawanan mereka menewaskan Sheffield United 2-1 dilaman lawan pada pusingan ketiga.


Dan berikut adalah keputusan undian (hasil undian peminat) yang dijalankan bagi calon-calon yang disenarai pendek:

  • Oldham Athletic - 34%
  • AFC Wimbledon - 27%
  • Newport County - 25%
  • Barnet - 14%

Chesham United menerima tofi 'Giant Kiling' daripada Ronnie Radford pada 21 Mei 2016.

*Penulis tidak menjumpai gambar trofi anugerah ini, jadi kicauan twitter diatas digunakan bagi memberi gambaran sebenar trofi. 😥

Wakil Oldham Athletic akan berada di Stadium Wembley ketika final Piala FA hujung minggu depan, di mana anugerah tersebut akan diserahkan kepada mereka oleh legenda 'pembunuhan gergasi' Ronnie Radford dan wakil Wigan Athletic, yang memenangi anugerah musim lalu.

Ronnie Radford, 75 tahun dikenali sebagai 'pembunuh gergasi' selepas jaringan beliau berjaya membantu Hereford United menewaskan Newcastle United 2-1 pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA 1971–72. 


Post a Comment

Previous Post Next Post