Klopp pertikaikan keputusan tidak bertanggungjawab terhadap venue perlawanan akhir Liga Europa.

STADIUM Olimpik Baku, Azerbaijan telah dipilih menjadi venue pilihan bagi perlawanan akhir Liga Europa 2019.



Pada 30 Mei ini, stadium tersebut bakal menyaksikan pertemuan dua kelab Inggeris iaitu Arsenal dan Chelsea bagi menentukan siapakah juara edisi kali ini.

Bagaimanapun pemilihan lokasi stadium tersebut mendapat perhatian pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Walaupun Liverpool tidak beraksi dalam perlawanan tersebut dan sebaliknya mereka beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham yang akan dilangsungkan di Stadium Wanda Metropolitano  di Madrid, Sepanyol pada 1 Jun 2019, namun beliau berpendapat keputusan UEFA untuk memilih perlawanan akhir Liga Europa di Stadium Olimpik Baku disifatkan beliau adalah "tidak bertanggungjawab".

Stadium Olimpik Baku
Klopp mempersoalkan keputusan memilih lokasi perlawanan akhir di Baku, Azerbaijan yang mana perjalanan sejauh 3,000 batu terpaksa ditempuhi oleh Arsenal dan Chelsea.



"Saya fikir pergi ke Baku, itu benar-benar lucu untuk perlawanan akhir Eropah," kata Klopp.

"Mereka yang membuat keputusan, saya tidak tahu apa yang mereka nikmati untuk sarapan pagi.

"Bagaimana anda boleh melakukannya?

"Baku, saya tidak mempunyai klu dan tidak tahu cara untuk ke sana atau sekiranya ada penerbangan biasa sama sekali.

"Dalam keputusan ini , mereka haruslah munasabah dan lebih masuk akal. Ini tidak bertanggungjawab. "

Klopp turut mengkritik UEFA ekoran perancangan mereka selepas dua pasukan Inggeris layak ke final Liga Juara-Juara, kerana dijadulkan bermain hanya lima hari sebelum pembabitan pasukan kebangsaan di Liga Bangsa-Bangsa (Nations League).

Pasukan Liverpoolnya akan menghadapi Tottenham di Madrid pada 1 Jun, dengan pasukan Gareth Southgate bakal beraksi menentang Belanda di Portugal pada 6 Jun.

"Kami bermain di final Liga Juara-Juara pada 1 Jun dan kemudian, pada 6 Jun ada kejohanan yang indah yang dipanggil Liga Bangsa-Bangsa," katanya.

"Semua orang memandang saya ketika saya berkata ia bukan idea yang baik dan sekarang 'Whoops', itu adalah kejutan dua pasukan Inggeris berada di final Liga Juara-Juara.

Mengenai kritikan Klopp terhadap UEFA berhubung lokasi ataupun tuan rumah bagi perlawanan akhir Liga Europa ada asasnya.

Selain lokasi yang dipilih merupakan sebuah negara bergolak, yang menyukarkan pemain daripada Armenia untuk mewakili pasukan (dalam hal ini ianya melibatkan pemain Arsenal, Micki), peruntukan tiket juga dikatakan menimbulkan situasi tidak senang bagi penyokong Arsenal dan Chelsea.

Difahamkan hanya 6,000 tiket sahaja diperuntukkan kepada setiap pasukan (Arsenal dan Chelsea) walaupun Stadium Olimpik Baku mempunyai kapasiti 70,000 tempat duduk.

Alasan yang dikeluarkan ataupun dipertahankan oleh pihak UEFA adalah kerana tidak mampu menjamin kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan.


Berikut adalah kenyataan pihak UEFA.

Based on UEFA’s recent experience with UEFA Europa League finals and the UEFA Super Cup in comparable venues the number of finalists ‘ supporters requesting tickets for a UEFA Europa League final can vary greatly from club to club. Of course, it is impossible to predict in advance which clubs will reach the final while the venue has to be chosen around two years in advance.

Taking into consideration the above and most importantly the geographical location and logistical capacity of airports in and around the host city, it was deemed that around 15,000 spectators would be able to travel from abroad (this includes finalists, fans and general public), with Baku as the main hub. Offering more tickets to fans of the participating teams, without any guarantee that they would be able to arrange suitable travel to reach Baku, was therefore not a responsible option.

Based on these circumstances, for this year’s UEFA Europa League final in Baku, 6,000 tickets have been made available to each of the finalists. UEFA remains in close contact with the finalists regarding the travel arrangements of their supporters and any other operational aspects with regards to the final.

Post a Comment

Previous Post Next Post