DAZET WILFRIED ARMEL ZAHA ataupun lebih dikenali dengan Wilfried Zaha, 26 tahun merupakan antara pemain yang dikatakan menjadi sasaran The Gunners pada jendela perpindahan musim panas ini.
Pemain ini juga menjadi pilihan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal untuk melihat beliau menyarung jersi The Gunners musim depan.
Namun apakah kehebatan sebenar beliau dan adakah beliau benar-benar sesuai dengan corak permainan Arsenal dibawah kendalian Unai Emery?
Adakah beliau sesuai dengan taktikal dan teknikal Emery?
MUSIM 2018/19
Zaha, berjaya mempamerkan dan memberikan persembahan yang menakjubkan untuk tiga musim berturut-turut bersama Crystal Palace.
Malahan prestasi beliau pada bahagian serangan merupakan antara pemain yang paling konsisten dalam saingan Liga Perdana.
Bagi musim 2018/19, Zaha telah menjaringkan 10 gol dan juga menghasilkan 10 bantuan gol, selain berjaya mendapatkan enam penalti untuk pasukan Roy Hodgson.
![]() |
Statistik Zaha dalam saingan Liga Perdana 2018/19 |
Berusia 26 tahun, pemain ini mempunyai perjalanan yang masih jauh dalam membina dan membentuk karier bolasepaknya.
Saingan Musim 2018/19 | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Premier League | 34 | 10 | 10 | 3,043 |
FA Cup | 2 | - | - | 180' |
JUMLAH | 36 | 10 | 10 | 3,223' |
STATISTIK ZAHA DALAM LIGA PERDANA
Stats | 2016/17 | 2017/18 | 2018/19 |
---|---|---|---|
Mins | 3025 | 2551 | 3040 |
Goals | 7 | 9 | 10 |
Assists | 9 | 3 | 10 |
Key passes | 39 | 53 | 54 |
Penalties won | 1 | 4 | 6 |
Cross success | 23.8% | 18.4% | 29.7% |
Times fouled | 121 | 76 | 102 |
Apabila melihat dan mengkaji statistik Zaha, data-data tersebut tidaklah begitu mengagumkan jika dibandingkan dengan pemain-pemain Arsenal seperti Laca dan Auba.
Namun ianya juga tidak selalu mencerminkan kualiti yang ada pada Zaha. Mungkin kerana beliau beraksi bersama kelab 'kerdil'.
Pun begitu, cara Zaha mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan merupakan satu aset yang berharga buat dirinya.
Sesuatu yang diperlukan dalam pasukan kerana sudah tentu ianya banyak membantu rakan sepasukan memudahkan dan menyudahkan urusan di depan gol.
Zaha juga merupakan pemain yang paling banyak mendapatkan penalti untuk pasukan selain kerap berjaya mendapatkan sepakan percuma untuk pasukan.
Jelas fungsi utama beliau disitu, mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan mendapatkan manfaat daripada kesilapan lawan berbanding statistik gol dan jaringan yang dimiliki beliau.
TEKANAN
Tanpa Zaha, tidak mungkin Palace mampu menjaringkan tiga gol ketika beraksi di Stadium Etihad, Anfield dan Emirates pada kempen 2018/19.
Bil. | Venue | Lawan | Keputusan |
---|---|---|---|
1 | Anfields | Liverpool | 4-3 (kalah) |
2 | Stadium Etihad | Manchester City | 2-3 (menang) |
3 | Stadium Emirates | FC Arsenal | 2-3 (menang) |
Kelajuan dan kesungguhan beliau jelas memberikan kelebihan buat pasukan yang dikenali dengan nama Eagles dalam menembusi benteng pertahanan lawan.
Dan Zaha juga merupakan pemain yang masuk ke dalam kawasan penalti lebih kerap daripada kebanyakan penyerang Liga Perdana serta jauh lebih baik daripada mana-mana pemain bagi pasukan bukan enam teratas liga.
Pemain itu telah melakukan sebanyak 237 sentuhan di dalam kotak penalti lawan dan rakan sepasukan beliau Andros Townsend, dengan 92 sentuhan merupakan yang paling hampir dengannya, bagi pasukan Palace itu sendiri.
Player | Touches |
---|---|
Mohamed Salah | 322 |
Raheem Sterling | 298 |
Eden Hazard | 240 |
Wilfried Zaha | 237 |
Sergio Aguero | 222 |
Jelas sekali kepentingan dimana Zaha berada dan apa yang dilakukan oleh pemain itu untuk Palace.
Kebolehan beliau yang mampu berubah posisi dan peranan antara pemain sayap kiri / kanan ataupun selaku penyerang, mampu memberikan ancaman kepada lawan lebih-lebih lagi beliau mampu membuat larian licik membawa bola.
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan seorang pemain yang menarik untuk ditonton.
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan seorang pemain yang menarik untuk ditonton.
POSISI | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Centre-Forward | 15 | 2 | 4 |
Left Winger | 15 | 6 | 6 |
Right Winger | 2 | 1 | - |
Second Striker | 2 | 1 | - |
Pemain paling banyak melakukan gelecekkan dan berjaya diselesaikan.
Dribbles attempted | Dribbles completed | ||
---|---|---|---|
Zaha | 249 | Hazard | 138 |
Hazard | 224 | Zaha | 113 |
Redmond | 189 | Redmond | 92 |
Anderson | 172 | Sterling | 82 |
Salah | 169 | Salah | 81 |
Pemain berusia 26 tahun itu jelas mempunyai bakat unik yang matang dengan pemainan bolasepak , lebih-lebih lagi dalam saingan Liga Perdana.
Tidak mengejutkan apabila pemain itu sendiri meluahkan perasaan untuk beraksi bersama pasukan yang mampu bersaing dalam peringkat Eropah.
Namun adakah beliau benar-benar sesuai untuk pasukan Arsenal? Adakah beliau mampu dan menepati taktikal dan teknikal Unai Emery?
Arsenal dibawah kendalian Emery lebih banyak menggunakan formasi asas dengan tiga pemain pertahanan membentuk 3-4-2-1 manakala Palace pula lebih banyak menggunakan formasi 4-4-2.
Persoalan yang sukar dijawab namun pasti ada jawapannya. Pun begitu, seandainya beliau memenuhi kriteria pemain yang dicari Emery, faktor nilai perpindahan juga memainkan peranan penting.
Palace dalam laporan sebelum ini meminta sebanyak £100 juta bagi mana-mana pasukan yang berhajat mendapatkan pemain mereka itu.
Dan nilai itu sudah pasti gagal dipenuhi oleh Arsenal.
Arsenal dibawah kendalian Emery lebih banyak menggunakan formasi asas dengan tiga pemain pertahanan membentuk 3-4-2-1 manakala Palace pula lebih banyak menggunakan formasi 4-4-2.
Persoalan yang sukar dijawab namun pasti ada jawapannya. Pun begitu, seandainya beliau memenuhi kriteria pemain yang dicari Emery, faktor nilai perpindahan juga memainkan peranan penting.
Palace dalam laporan sebelum ini meminta sebanyak £100 juta bagi mana-mana pasukan yang berhajat mendapatkan pemain mereka itu.
Dan nilai itu sudah pasti gagal dipenuhi oleh Arsenal.
INFO RINGKAS
Pemain ini merupakan bakat yang dihasilkan daripada akademi Crystal Palace dan pernah menyertai Manchester United, namun penyertaan beliau itu bagaikan tidak bermakna dan beliau gagal membuktikan kebolehan beliau bersama The Red Devils.
Beliau hanya membuat dua penampilan sahaja bersama pasukan United dalam tempoh dua musim setelah menyertai mereka pada 25 Januari 2013.
Musim | Pasukan | Penampilan | Jaringan |
---|---|---|---|
2010–2013 | Crystal Palace | 110 | 12 |
2013–2015 | Manchester United | 2 | 0 |
2013 | → Crystal Palace (dipinjamkan) | 16 | 1 |
2014 | → Cardiff City (dipinjamkan) | 12 | 0 |
2014–2015 | → Crystal Palace (dipinjamkan) | 16 | 1 |
2015– | Crystal Palace | 147 | 31 |