Adakah Djene Dakonam jawapan kepada penyelesaian masalah pertahanan Arsenal?

Djene Dakonam

RUMOR PERPINDAHAN ARSENAL - Djene Dakonam dikatakan menjadi pemain sasaran The Gunners musim depan.



Ianya bukan lagi rahsia bahawa Arsenal bergelut dengan masalah pada bahagian pertahanan.

Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru berlaku pada musim ini (2018/19), bahkan ianya sudah pun berlaku pada musim sebelum ini, dibawah Arsene Wenger.

Kemasukkan Unai Emery sebagai pengganti kepada Wenger turut menjelaskan permasalahan yang sama walaupun pada musim ini Arsenal telah membawa masuk dua pemain pertahan baharu.

Stephan Lichtsteiner, pertahanan kanan dibawa masuk secara percuma daripada Juventus dan Sokratis, pertahanan tengah yang bernilai €16 juta dibawa masuk daripada Dortmund, kemasukkan kedua-dua pemain ini pada awalnya diharapkan mampu membantu Emery mengukuhkan barisan pertahanan The Gunners yang telah melepaskan 51 gol musim sebelumnya.

Namun, ianya tidaklah seperti yang diharapkan. The Gunners musim ini, dibawah kendalian Emery juga melepaskan jumlah gol yang sama, bolos 51 gol sebagaimana musim terdahulu dibawah kendalian Arsene Wenger.

Ternyata, kemasukkan dua pemain pertahanan baharu itu tidak memadai untuk membantu The Gunners dan juga Emery dalam memperkukuhkan barisan pertahanan.

Musim Rank P M S K J B +/- Mata
2018/19 5 38 21 7 10 73 51 +22 70
2017/18 6 38 19 6 13 74 51 23 63



Menjelang jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka tidak lama lagi, sudah tentu kita mengharapkan sesuatu yang positif dapat dilakukan oleh Emery dan juga pihak pengurusan Arsenal.

Baik dari segi pengambilan pemain mahupun penjualan pemain pada jendela perpindahan nanti dan sudah pasti ianya bakal menjadi waktu yang sepatutnya agak sibuk buat Arsenal.

Pemain ini telah lama dikaitkan dengan Arsenal dan dalam laporan terbaru The Guardian, mereka telah mengatakan bahawa The Gunners bersedai untuk mendapatkan pertahanan  Getafe, Djene Dakonam pada musim panas ini, dengan turut mengatakan bahawa pertahanan tengah Arsenal, Mustafi bakal dilepaskan.

Arsenal believe they have finally identified the man to solve their defensive woes: Djene Dakonam, the Getafe defender. A £30m deal could pave the way for the departure of Shkodran Mustafi. -- The Guardian.


Siapa Djene Dakonam?
Dakonam adalah pemain pertahanan berusia 27 tahun yang beraksi untuk kelab Sepanyol, Getafe.

Beliau menyertai kelab itu dua musim lalu dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar $3 juta.

Pada musim 2017/18, kelab itu menduduki tangga ke-8 La Liga dan musim ini dengan baki satu perlawanan lagi, mereka masih berpeluang untuk menamatkan saingan dan mendapatkan slot keempat Liga Juara-Juara bagi La Liga.

Musim ini beliau telah membuat 34 penampilan La Liga dan mempunyai 39 penampilan untuk skuad kebangsaan Togo.



Posisi dimainkan
Beraksi pada pertahanan tengah, beliau juga mampu beraksi pada pertahanan kanan selain pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

Dengan saiz fizikal hanya  5'9 "atau 5'10", beliau berjaya menarik perhatian pihak Arsenal dengan keupayaan beliau membuat keputusan diatas padang dan kepantasan dimilikinya, bukan berdasarkan saiz diri beliau.

Daripada 34 penampilan musim ini, beliau telah beraksi sebanyak 32 kali sebagai pertahanan tengah dan bakinya adalah sebagai pemain tengah bertahan.

Dan Getafe musim ini hanya melepaskan 33 gol setakat 37 perlawanan La Liga, kedua terendah (paling sikit bolos) selepas Atletico Madrid (27 kali dibolosi).

Kepentingan Pertahanan Tengah
Keperluan mendapatkan pertahanan tengah pada musim depan dilihat sesuatu yang perlu diberikan keutamaan yang paling tinggi.

Ini kerana, kapten pasukan, Laurent Koscielny akan berusia 34 musim depan, Sokratis pula 31 tahun, dan Nacho Monreal akan berusia 34 tahun. 

Shkodran Mustafi walaupun dilihat seorang pemain pertahanan yang baik, namun beliau seringkali menjadi topik perbincangan baik dari segi prestasi mahupun perpindahan.

Dan penulis yakin semua orang boleh bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk pemain tersebut bergerak ke arah yang berbeza (meninggalkan Arsenal). 

Konstantinos Mavropanos pula terlalu muda serta kurang berpengalaman untuk dinilai ketika ini, hanya tinggal Rob Holding satu-satunya pertahanan tengah yang boleh diyakini untuk beberapa musim akan datang. 

Ini menjelaskan bahawa perkara yang menjadi keutamaan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti adalah untuk mendapatkan pertahanan tengah.



Berapakah nilai Djene Dakonam?
Transfermarkt meletakkan nilai pertahanan tengah ini pada nilai £13.5 juta untuk pasaran semasa, namun laporan daripada Guardian itu tadi menyatakan ianya adalah £30 juta.

Adakah berbaloi mendapatkan beliau dengan mengambil kira dana Arsenal?
Dana ataupun bajet yang diperuntukan kepada Emery oleh pihak pengurusan bagi musim depan masih menjadi tanda tanya.

Pun begitu, terdapat laporan mengatakan bahawa pengendali tersebut hanya dibekalkan sejumlah £40 juta.

Dan sekiranya Emery berhasrat untuk mendapatkan dana tambahan, selain layak beraksi ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, beliau juga terpaksa melepaskan (menjual) beberapa pemain bagi tujuan tersebut.

Situasi sukar
Usaha Arsenal bagaimanapun akan menemui jalan sukar sekiranya Getafe layak beraksi pada saingan Liga Juara-Juara musim depan, kerana sudah tentu kelab tersebut tidak mahu kehilangan tonggak pertahanan tengah mereka itu.

Hanya tawaran yang benar-benar serius mampu mengubah situasi ini.

Walaupun Dakonam mungkin boleh berpindah dengan nilai tawaran pada sekitar £20 juta, Getafe tahu dan memahami bahawa Arsenal sebenarnya agak terdesak untuk mendapatkan pemain tersebut (sekurang-kurangnya pertahanan tengah).

Nilai sebanyak £28 juta adalah jangkaan munasabah pada ketika ini, melebihi sedikit daripada separuh dana ataupun bajet yang diberikan kepada Emery oleh pengurusan Arsenal.

The Gunners memerlukan pemain seperti Dakonam, tetapi kemungkinan besar untuk mendapatkan pemain itu, Emery terpaksa menjual Mustafi, pertahanan tengah Arsenal yang paling berharga, berdasarkan umurnya ketika ini yang berada didalam skuad The Gunners.



Post a Comment

Previous Post Next Post