Jendela Perpindahan Liga Perdana Inggeris dibuka awal tahun ini.

AKTIVITI perpindahan bagi Liga Perdana Inggeris sekali lagi akan ditutup sebelum bermulanya musim baharu pada tahun ini.



Walau bagaimanapun, kelab Liga Perdana Inggeris boleh menjalankan proses jual-beli pemain ataupun urusan perpindahan domestik bermula pada 16 Mei ini.

Bagi urusan perpindahan pemain dari luar negara, bagaimanapun masih mengikut yang ditetapkan oleh badan induk bolasepak dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan ianya boleh dijalankan sebaik sahaja Sistem Pemadanan Pemindahan FIFA (TMS) dibuka pada 11 Jun.

Ini bermakna bahawa sebarang perpindahan antarabangsa tidak dapat diproses sehingga jendela perpindahan FIFA - TMS dibuka.

Seperti yang dipersetujui oleh kelab (yang bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris) pada November 2018, jendela perpindahan musim panas akan ditutup pada 17:00 BST pada hari Khamis 8 Ogos 2019.

Bagaimanapun, kelab masih mampu untuk melakukan aktiviti menjual atau meminjam pemain ke liga lain yang mana jendela perpindahannya dibuka selepas 8 Ogos, seperti kepada kelab di Liga Satu (League One) dan Liga Dua (League Two), yang jendela perpindahan akan dibuka hingga 17:00 BST pada 2 September.

Dan bagi saingan Liga Kejuaraan (Championship), EFL telah memutuskan untuk menetapkan tarikh dan masa penutupan bagi aktiviti perpindahan musim panas mengikuti Liga Perdana Inggeris 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post