Arsenal vs Brighton Hove Albion - preview

ARSENAL kini boleh memberi tumpuan kepada saingan Liga Perdana selepas berjaya meletakkan satu kaki ke Final Liga Europa dengan sasaran tempat ataupun kelompok empat terasa liga masih  menjadi keutamaan Unai Emery.



Arsenal perlu mengerahkan tenaga mereka dalam usaha untuk mengejar tempat teratas yang boleh dikatakan jauh dari selamat. 

Bahkan, Arsenal mempunyai peluang yang sangat tipis dalam menamatkan saingan di tempat empat teratas dengan berbaki dua perlawanan sahaja lagi.

Dan ianya sangat bergantung dan berharap kepada pesaing lain agar tercicir mata minggu ini. 

Jika keadaan tetap sama, maka Arsenal mungkin akan berakhir dengan terlepas slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, melainkan menjuarai Liga Europa.

Pos PASUKAN P M S K J B +/- Mt Qualification or relegation
1 Liverpool 37 29 7 1 87 22 +65 94 Qualification for the Champions League group stage
2 Manchester City 36 30 2 4 90 22 +68 92
3 Tottenham Hotspur 37 23 1 13 65 37 +28 70
4 Chelsea 36 20 8 8 60 39 +21 68
5 Arsenal 36 20 6 10 69 49 +20 66 Qualification for the Europa League group stage
6 Manchester United 36 19 8 9 64 51 +13 65 Qualification for the Europa League second qualifying round

Arsenal perlu menyalahkan mereka sendiri serta bertanggungjawab kerana meletakkan diri mereka dalam situasi buruk ini selepas tiga kekalahan berturut-turut kepada Crystal Palace, Wolves dan juga Leicester City hujung minggu lalu.



Sebelum perlawanan menentang Palace, Arsenal berada di kedudukan keempat dan dalam kedudukan selesa untuk menamatkan saingan dikalangan Top 4, malahan berpeluang untuk memintas seteru utama, Tottenham untuk berada ditempat ketiga liga.

Namun entah dimana silapnya, disaat harapan menggunung diletakkan untuk menyaksikan The Gunners berada diatas Spurs, Arsenal keciciran mata dan perkara menjadi semakin teruk dengan kekalahan tiga perlawanan secara berturut-turut, meninggalkan pasukan Emery untuk memberi keutamaan kepada Liga Europa untuk memenangi saingan tersebut bagi menjamin tempat untuk beraksi di Liga Juara-Juara.

Menentang Brighton & Hove Albion, Arsenal tidak mempunyai pilihan lain selain mencatatkan kemenangan bagi mengekalkan peluang tipis sedia ada untuk beraksi ataupun mendapat slot Liga Juara-Juara. 

Sebelum perlawanan separuh akhir Liga Europa melawan Valencia, Arsenal dilihat begitu 'lemah' dan bagaikan hilang keyakinan selepas mengalami kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir, di mana mereka melepaskan tiga gol dalam setiap perlawanan dan hanya menjaringkan satu gol secara puratanya bagi tiga perlawanan tersebut.

Rekod 3 Perlawan an Terakhir Liga Arsenal
Arsenal Crystal Palace 2-3
Wolverhampton Wanderers Arsenal 3-1
City Leicester Arsenal 3-0

Walaupun kemenangan 3-1 ke atas Los Ches sedikit sebanyak membantu memulihkan semangat The Gunners menghadapi perlawanan liga malam ini.

Namun lawan mereka, Brighton & Hove Albion berada di tempat ke-17 sudah tentu tidak akan menyerah kalah dengan mudah, walaupun kedudukan mereka telah pun dikira selamat daripada tersingkir (turun liga) setelah Cardiff mengalami kekalahan malam tadi.

Pos Pasukan P M S K J B +/- Mt Catatan
17 Brighton & Hove Albion 36 9 8 19 33 55 −22 35
18 Cardiff City (R) 37 9 4 24 32 69 −37 31 Relegation to the EFL Championship
19 Fulham (R) 37 7 5 25 34 77 −43 26
20 Huddersfield Town (R) 36 3 5 28 20 74 −54 14



Berita Berita dan Taktik

Arsenal
Unai Emery dijangka akan melakukan sedikit pertukaran dengan menggunakan beberapa pemain lain bagi menyediakan skuad yang mantap untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa menentang Valencia. 

Boleh dikatakan beliau akan merehatkan pemain daripada bahagian pertahanan berbanding posisi lain.

Laurent Koscielny merupakan pemain yang harus diutamakan dan mendapat perhatian utama Unai Emery selepas pemain Perancis itu dikeluarkan ketika bertemu Valencia dan sudah pasti, Emery akan merehatkan kapten The Gunners malam ini.

Pun begitu Emery masih boleh bergantung kepada Nacho Monreal selepas pemain pertahanan itu cukup cergas dan beraksi pada 10 minit terakhir ketika menentang Valencia tempoh hari. 

Sudah tentu Emery mahu memberikan Monreal lebih banyak peluang ataupun masa untuk beraksi, begitu juga ketika menentang Valencia bagi menilai dan menentukan masa depan pertahanan Sepanyol itu. 

Shkodran Mustafi dan Sokratis juga kemungkinan akan terus diberi kepercayaan Emery dan mereka berdua harus membetulkan dan meningkatkan prestasi serta persembahan berbanding ketika menentang Valencia baru-baru ini.

Mankala Ainsley Maitland-Niles (AMN) sudah pasti tidak akan diturunkan Emery pada perlawanan malam ini selepas menerima kad merah  ketika bertemu Leicester. 

Dan Carl Jenkinson mungkin mengisi tempat AMN dan kemungkinan Emery akan meletakkan Mustafi di belakang bergandingan bersama Monreal dan Skoratis (3 pemain pertahanan), sesuatu yang telah dilakukan Emery dalam beberapa perlawanan musim ini.

Sedikit perubahan pada bahagian tengah boleh dijangka dengan Lucas Torreira menggantikan Matteo Guendouzi

Pun begitu,  selain itu Arsenal turut dijangka menurunkan tiga serangkai yang sama - Mesut Ozil, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang pada bahagian serangan serta menurunkan Kolasinac pada sayap kiri pasukan.

Kebarangkalian kesebelasan utama (3-4-1-2) : Leno; Mustafi, Sokratis, Monreal; Jenkinson, Torreira, Xhaka, Kolasinac; Ozil; Lacazette, Aubameyang.



Post a Comment

Previous Post Next Post