Arsenal dilaporkan 'siap siaga' untuk mendapatkan pemain sasaran Manchester United, Saliba.

ARSENAL sedia untuk bertindak dapatkan pemain yang menjadi sasaran Manchester United, William Saliba.



Selepas dikaitkan dengan beberapa pemain muda pada jendela perpindahan musim panas ini, terbaharu The Gunners  sekali lagi turut dikaitkan dengan perpindahan pemain muda yang beraksi untuk kelab Saint-Etienne.

Bagaikan memenuhi bajet perpindahan yang dimiliki Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti, The Gunners dikatakan bersedia membuat tawaran bagi mendapatkan pemain berusia 18 tahun itu.

William Saliba, pertahanan tengah telah menandatangani kontrak baru bersama Saint-Etienne yang mengekalkan beliau bersama kelab Perancis itu sehingga 2023, namun masih mampu dilepaskan seandainya kelab itu menerima tawaran berjumlah  € 30 juta.

As revealed by the10sport.com, William Saliba has extended his two-year contract with AS Saint-Etienne . But, as also revealed by the 10sport.com, the ASSE does not exclude a sale as of this summer, on the condition of receiving an offer XXL (between 20 and 30 million euros) and to keep the player a season in loan . -- Le10Sport

Selain itu, Les Verts (Saint-Etienne) juga juga dilaporkan sedia menjual Saliba, hanya dengan satu syarat dimana pemain tersebut dibenarkan kembali bersama mereka dalam perjanjian pinjaman untuk jangka panjang, permintaan utama yang mesti dipenuhi bagi memulakan rundingan.



Manchester United berminat dengan pemain pertahanan itu, sementara gergasi Portugal, Benfica pula dilaporkan sedang mengawasi perkembangan pemain tersebut.

Namun Arsenal mungkin akan membuat langkah awal untuk mendapatkan Saliba, sebagaimana dilaporkan media Perancis, Le 10 Sport.

The Gunners dikatakan tertarik dengan bakat yang dimiliki oleh pemain remaja itu dan berusaha untuk mendapatkannya pada jendela perpindahan musim panas ini.

Malahan Emery dilaporkan tidak menolak untuk memenuhi tuntutan utama Saint-Etienne, bahawa Saliba boleh kembali kelab tersebut dengan perjanjian pinjaman setelah dijual.

Namun menjadi persoalan ketika ini, adakah Arsenal berada dalam kedudukan 'mampu' untuk menawarkan yuran perpindahan €30 juta yang dituntut oleh Les Verts, walaupun mampu meminjamkan kembali pemain itu kepada mereka.

According to our information, Arsenal would be ready to rush on William Saliba . The Gunners would have moved recently to advance concretely on the file. No official bid has been submitted but the English club seems very motivated to get their hands on the 18-year-old. -- Le 10 Sport.

Sekiranya The Gunners gagal memenangi perlawanan akhir Liga Europa dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan, sudah tentu belanjawan ketat bakal dihadapi Emery dalam melalui jendela perpindahan musim panas nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post