Espanyol tahu ia akan menjadi 'rumit' untuk mengekalkan pemain dengan Arsenal sering kali dikaitkan.

TIGA pemain Espanyol, Mario Hermoso, Borja Iglesias dan Marc Roca, menjadi topik hangat pasukan itu apabila dikaitkan dengan perpindahan.

Namun yang menjadi perhatian kami adalah seorang daripada mereka yang telah berulang kali dikaitkan dengan Arsenal sepanjang minggu lalu dan pada hari Ahad, Mundo Deportivo melaporkan The Gunners berhasrat membawa Hermoso ke Emirates.

Dan sekali lagi nama mereka itu turut dikaitkan dengan Bayern Munich dan PSG.

Hermoso merupakan pemain Espanyol yang paling dikehendaki ketika ini, selepas musim yang cemerlang  dipamerkan beliau bersama kelab itu apabila berjaya membuat 35 penampilan secara keseluruhan bagi kempen 2018/19.

Berdasarkan prestasi semasa itu, ianya mencetuskan kebimbangan majikan beliau (Espanyol) mengenai masa depan pemain itu bersama kelab, setelah kelab-kelab ternama dunia mula menunjukkan minat untuk menandatanganinya.

Berdasarkan laporan Mundo Deportivo,  mereka mengatakan bahawa mengekalkan pemain itu merupakan perkara 'rumit' buat Espanyol pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Ini kerana, sekiranya Sergio Ramos memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid, gergasi Sepanyol itu mempu mengaktifkan klausa pembelian semula Hermoso.

Laporan Mundo Deportivo semalam, 26 Mei 2019.
Pemain berusia 23 tahun itu menyertai kelab Catalan pada tahun 2017 dari Real Madrid dengan nilai perpindahan berjumlah € 400k dan mempunyai kontrak sehingga 2020 dengan klausa pelepasan €40 juta.

Namun, Real Madrid memiliki klausa pembelian semula pemain itu dengan/pada nilai €15 juta sahaja selain mereka juga dikatakan masih memiliki 50% pemilikkan terhadap pemain itu.

Itu bermakna mereka boleh menandatangani Hermoso pada setengah nilai itu (€7.5 juta) sahaja, dan ini adalah berdasarkan laporan AS.

Laporan itu menyebut bahawa PSG mahu mendapatkan Hermoso bagi menguatkan barisan pertahanan mereka setelah Thiago Silva, Presnel Kimpembe, Marquinhos dan Thilo Kherer mengalami kecederaan musim ini.

Manakala Bayern Munich dan Arsenal (menurut laporan AS) adalah dua kelab lain yang telah disebut secara langsung telah berhubung dengan pemain pertahanan Espanyol itu dimana kedua-duanya dikatakan mencari kekuatan tambahan pada barisan pertahanan.

Real Madrid bagaimana pun dikatakan tidak berminat untuk mendapatkan pemain tersebut dan ianya dilaporkan bahawa Arsenal mempunyai harapan cerah untuk memiliki Hermoso namun itu semua bergantung kepada kewangan yang dimiliki Emery, sama ada ianya mencukupi atau tidak.

Pun begitu, penulis tidak merasakan bahawa perpindahan ini akan berlaku kerana faktor pemilikkan pemain yang masih dimiliki oleh Real Madrid sebanyak 50%, yang mana ianya sukar untuk dilakukan di Liga Inggeris.

Post a Comment

Previous Post Next Post