Arsenal halangan utama buat kelab-kelab Itali dapatkan Ismael Bennacer.

ISMAEL BENNACER jadi rebutan kelab-kelab Itali selepas aksi cemerlang dalam Serie A.



Membantu Empoli kembali ke Serie A musim lalu, Ismael Bennacer meneruskan prestasi cemerlangnya dalam saingan teratas Itali bagi kempen 2018-19.

Persembahan mantap beliau pada bahagian tengah berjaya menarik perhatian kelab-kelab seluruh Eropah, terutama di kalangan kelab Serie A seperti Inter dan Napoli yang kini dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan beliau.

Sebaik sahaja khabar angin ini muncul pada pertengahan bulan April, nama Arsenal telah disebutkan, ini kerana bekas kelab dan pemilik Bennacer dikatakan mempunyai klausa pembelian semula untuk pemain antarabangsa Algeria yang berusia 21 tahun itu.

Arsenal pada  tahun 2017 telah menjual Bennacer kepada Empoli pada nilai sebanyak £900k selepas pemain tersebut menghabiskan tempoh pinjaman bersama Tours yang disertainya pada 1 Januari 2017.

Pada tahun itu juga (2017), Bennacer menyertai Empoli yang beraksi pada saingan Serie B dan berjaya membuat 39 penampilan dengan dua gol dijaringkan beliau bagi membantu kelab tersebut beraksi pada Serie A musim ini (2018/19).


Prestasi cemerlang beliau itu berjaya menarik minat beberapa kelab Eropah, namun yang menjadi perhatian utama adalah kelab-kelab dari Itali.

Pun begitu, Arsenal dikatakan menjadi halangan utama untuk kelab-kelab itu mendapatkan Bennacer kerana klausa yang dimiliki The Gunners keatas pemain tersebut.

Ismael Bennacer bersama Arsenal pada tahun 2015 sehingga 2017.
11 April lalu, Le10 Sport telah mendedahkan bahawa Arsenal mempunyai klausa pembelian semula - buyback clause ketika melepaskan pemain muda itu ke Empoli.

Dan Gazzetta dello Sport, tiga hari lalu dalam kolum temu bual ringkas bersama Bennacer, menjelaskan bahawa klausa yang dimiliki Arsenal membolehkan kelab London itu 'menandingi tawaran terbesar' daripada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan bekas pemain The Gunners itu.

Petikan laporan Gazzetta dello Sport pada 24 Mei lalu.
Dipercayai, Arsenal hanya perlu menanggung kos sekitar €12 juta untuk mendapatkan kembali bekas pemainnya itu dan jumlah itu jelas menjadikan The Gunners sebagai 'saingan sengit' bagi mana-mana kelab untuk mendapatkan Bennacer termasuklah kelab Itali.

Nilai Bennacer ketika ini adalah sekitar €10 juta dan kemungkinan bahawa Arsenal tidak berminat untuk membawa pemain tengah bertahan (defensive midfielder) itu kembali ke Emirates sangat besar kerana telah memiliki beberapa pemain sedia ada pada posisi tersebut, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Matteo Guendouzi.

Post a Comment

Previous Post Next Post