Arsenal hantar scout ke Itali hujung minggu ini, dua pemain dalam radar Emery untuk musim panas.

ARSENAL terus dikaitkan dengan pemain pertahanan selepas beberapa nama disebut sebelum ini.



Selepas Walter Kannemann, Ibrahima Konate, Monalas dan beberapa nama lain (senarai transfer rumors Arsenal), kami boleh menambah lagi pemain terbaru dalam senarai pemain pertahanan yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal menjelang jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain terbaru yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal adalah pertahanan Sampdoria, Joachim Andersen.

Pun begitu, nama pemain ini bukanlah kali pertama dikaitkan dengan Arsenal, malahan kami sebelum ini turut pernah melaporkan berita mengenai Andersen pada November lalu (2018).


Terbaru, laporan mengatakan bahawa Arsenal akan memantau pemain tersebut dan berita ataupun laporan itu hadir daripada wartawan media Itali yang bertugas untuk Gazzetta dello Sport dan Calciomercato, Nicolo Schira.

Schira mendakwa bahawa The Gunners akan menghantar scout untuk menyaksikan perlawanan terakhir Sampdoria musim 2018/19 pada hujung minggu ini.

Pemain lain dalam radar Arsenal adalah Dennis Praet, pemain tengah yang mana telah dikaitkan untuk sementara waktu.



Wartawan itu menjelaskan Unai Emery berminat untuk kedua-dua pemain Sampdoria itu untuk dibawa ke Emirates musim depan, dan menegaskan ini bukanlah kali pertama Arsenal menghantar wakil untuk menyaksikan kedua-dua pemain itu.


Andersen sebelum ini menjadi sasaran beberapa kelab Jerman, Sepanyol dan Inggeris termasukah seteru Arsenal, Tottenham.

Spurs dikatakan berhasrat mendapatkan Andersen bagi persiapan mereka sekiranya kehilangan  Toby Alderweireld.

Kedua-dua pemain Sampdoria itu merupakan antara tonggak penting yang membantu pasukan itu musim ini dimana mereka berdua telah membuat penampilan lebih dari 30 kali dalam saingan liga walaupun menduduki tangga ke-9 di Serie A ketika ini.

Sampdoria akan menentang Juventus pada Isnin ini jam 12am waktu Malaysia dan sebarang keputusan perlawanan tersebut tidak akan mengubah kedudukan kedua-dua pasukan itu dengan Juventus telah pun diumumkan sebagai Juara Serie A musim ini.

Dan Sampdoria pula, jika menang ataupun kalah mahupun seri, tetap kekal ditangga ke-9 liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post