Henrikh Mkhitaryan dapat jaminan keselamatan pihak FA Azerbaijan.

MENJELANG perlawanan Akhir Liga Europa diantara Arsenal menentang Chelsea yang akan diadakan di Baku, Arsenal mendapatkan khabar gembira mengenai status keselamatan pemain yang akan dibawa ke sana.



Arsenal telah diberikan jaminan oleh pihak FA Azerbaijan bahawa tidak akan ada masalah mengenai keselamatan Henrikh Mkhitaryan di final Liga Europa nanti.

Pemain The Gunners itu sebelum ini menerima halangan daripada menyertai skuad Unai Emery untuk menghadapi Chelsea kerana kebimbangan terhadap keselamatannya di Baku.

Ini berikutan ketegangan diplomatik yang sedang berlangsung antara Azerbaijan dan negara asal, Micki, Armenia.

Konflik lama di rantau Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan terus menggugat hubungan antara kedua-dua negara dan oleh itu Arsenal belum membuat keputusan akhir mengenai penglibatan Mkhitaryan dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, Elkhan Mammadov, setiausaha agung FA Azerbaijan memberitahu Telegraph:

"Pihak berkuasa kerajaan kami memberi jaminan kepada UEFA untuk Mkhi, untuk datang ke Baku, jadi tidak ada isu keselamatan.

"Malah sebelum Arsenal layak untuk perlawanan akhir, kami menerima permintaan daripada UEFA untuk memberikan jaminan, pihak berkuasa negeri kami menyediakan semua aturan keselamatan yang diperlukan untuk Mkhitaryan pergi ke Baku.

"Semua keselamatan sudah dijamin."



Bagaimanapun, jaminan keselamatan dari FA Azerbaijan itu tidak memberi pengaruh besar terhadap keputusan Arsenal mengenai sama ada menyenaraikan Micki atau tidak bagi skuad yang akan dibawa Emery ke perlawanan akhir nanti.

The Gunners sebelum ini turut disediakan jaminan yang sama bagi perjalanan mereka ke Baku awal musim ini ketika berdepan Qarabag FK , diperingkat kumpulan Liga Europa dan memilih untuk  tidak menyenaraikan ataupun membawa Mkhitaryan bersama skuad bagi perlawanan itu.


Selain isu keselamatan pemain yang melibatkan Micki, perlawanan akhir Europa kali ini juga turut terpalit kontroversi melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

Kedua-dua pasukan, Arsenal dan Chelsea mengalami kesukaran untuk membawa penyokong mereka bagi memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan itu.

Faktor kemudahan logistik menyebabkan jumlah kehadiran penyokong dari London mengalami kesulitan dengan perbelanjaan yang tinggi  terpaksa dikeluarkan bagi perjalanan ke Baku.

Kelab-kelab London itu bergelut untuk menjual 6,000 tiket yang diperuntukan kepada kelab dan Mammadov (setiausaha agung FA Azerbaijan) menambah :

"Majoriti [penyokong] sedang mencari tiket di mana mereka datang pada hari perlawanan dan meninggalkan keesokan harinya, jadi mereka boleh menjimatkan hotel dan penginapan, itu yang difahami.

"Ini adalah amalan peminat dari seluruh dunia apabila bermain di negara berjiran (berdekatan) atau kawasan geografi yang rapat. Dalam kes kami, saya cadangkan kepada peminat supaya datang lebih awal dan nikmati bandar Baku."

Post a Comment

Previous Post Next Post