Arsenal sedia tawarkan £17.2 juta untuk pemain PSG, Nkunku.

KETIADAAN Aaron Ramsey musim depan menyebabkan bahagian tengah Arsenal begitu kritikal dan khabar angin perpindahan pada posisi yang dikosongkan itu turut mendapat liputan meluas media ketika ini.



Selepas media melaporkan minat Arsenal untuk mendapatkan pemain Sampdoria, Dennis Praet, kini pemain kelab PSG, Christopher Nkunku turut dikatakan menjadi sasaran The Gunners.

Nkunku, 21 tahun

Arsenal jelas memerlukan banyak perancangan menjelang jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka tidak lama lagi.

Sudah pasti beberapa pemain baru perlu dibawa masuk, selain beberapa pemain juga perlu dilepaskan.

Salah seorang pemain yang dijangka dibawa masuk (menurut Evening Standard) adalah pemain PSG, Christopher Nkunku, dengan The Gunners kini dikatakan sedang menyusun semula strategi mereka terhadap pemain 'serba boleh' ini dan dijangka membuat tawaran pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Menurut Evening Standard, Arsenal sedia membuat tawaran berjumlah £17.2 juta terhadap pemain tersebut.

Arsenal have been told they will have to pay a fee in the region of £17.2million to sign Christopher Nkunku from Paris Saint Germain. -- Evening Standard

Nama Nkunku sering kali dikaitkan dengan The Gunners semenjak Unai Emery mula mengambil alih tugas selaku pengendali Arsenal musim ini. 



Bintang PSG itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates pada jendela perpindahan Januari 2019, namun perkara tersebut gagal dicapai dengan baik pada masa itu kerana PSG hanya berminat untuk melepaskannya secara tetap, sementara The Gunners pula hanya mampu membuat pinjaman. 

Dan sebaliknya, Arsenal membawa masuk pemain pinjaman dari Barcelona, Denis Suarez yang mana prestasi dan masa pemain tersebut di Emirates begitu mengecewakan.

Denis Suarez hanya
Pemain Sepanyol bakal menamatkan musimnya bersama Arsenal selepas gagal pulih dari kecederaan pangkal paha yang menyebabkan beliau berehat untuk beberapa minggu. 

Suarez sering kali digunakan sebagai pemain gantian dan hanya beraksi untuk tempoh 95 minit bagi keseluruhan enam perlawanan bersama Arsenal.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit Beraksi
Premier League 4 - - 67'
Europa League 2 - - 28'
Dengan Arsenal seolah-olah hampir membuat keputusan untuk menandatangani Suarez secara tetap, namun kecederaan pemain tersebut mengubah segalanya.

Dan The Gunners telah mengubah perhatian mereka kepada Nkunku, yang boleh mereka perolehi pada jendela perpindahan musim panas ini. 

Pemain yang boleh bermain di posisi tengah dan juga sayap, dilaporkan mencari jalan keluar dari PSG dan beliau turut dikatakan enggan menandatangani perjanjian baru bersama kelab itu.



Kontrak semasa Nkunku bakal tamat pada Jun 2020 dan PSG dipercayai telah menunjukkan kesediaan mereka untuk membiarkan pemain tersebut meninggalkan Le Parc des Princes jika terus enggan menandatangani kontrak baru dan harga €20 juta (£17.2 juta) harus dipenuhi (sekurang-kurangnya) buat mana-mana pasukan berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Arsenal dilaporkan mempunyai anggaran bajet perpindahan agak sederhana iaitu £45 juta untuk jendela perpindahan seterusnya dan Emery juga dijanjikan dana tambahan sekiranya The Gunners layak bermain di sainga Liga Juara-Juara musim depan. 

Di samping itu, prosiding dari mana-mana jualan pemain juga membolehkan ianya dilaburkan semula ke dalam skuad, dengan Emery dilaporkan ingin menandatangani pemain pertahanan, pemain tengah dan pemain sayap pada musim panas ini.

Emery merupakan individu bertanggungjawab dalam mempromosikannya Nkunku ke skuad utama PSG yang mana pemain tersebut merupakan pemain skuad remaja PSG semasa beliau mengendalikan skuad Paris itu.

Dengan enggan menandatangani perjanjian baru, Nkuku telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau mahu berpindah dari kelab itu.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit Beraksi
Ligue 1 21 3 2 1,165'
Coupe de France 5 - - 166'
Coupe de la Ligue 1 - - 78'
Trophée des Champions 1 1 - 90
Champions League - - - -
JUMLAH 28 4 2 1,499'

Nkunku ingin mencari masa permainan lebih banyak dan mungkin dengan kembali bergabung dengan Emery dapat memenuhi hasrat beliau di Arsenal.

Manakala The Gunners pula, mereka boleh mendapatkan Nkunku asalkan nilai sebanyak £ 17.2 juta dipenuhi, pun begitu ianya kelihatan seperti masih diperingkat rundingan ataupun tawar-menawar,  dengan mencari satu perjanjian yang baik untuk kedua belah pihak.

Post a Comment

Previous Post Next Post