Atlético Madrid telah lama 'intai' dan juga mengumpul data Lacazette.

BERITA malam Selasa mengenai Antoine Griezmann akan meninggalkan Atlético Madrid pada musim panas ini boleh dikatakan adalah 'kejutan yang dijangka'.

Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain tersebut akan ke Barcelona semakin rancak diperkatakan, sehinggakan media Perancis dan Sepanyol menyifatkan ianya adalah 'bila' dan bukannya 'jika'.

Dengan pengumuman itu, Atletico kini boleh memberi tumpuan dalam usaha mencari pengganti kepada pemain antarabangsa Perancis itu, dan Le10 Sport percaya kelab Sepanyol itu kembali melihat salah satu sasaran lama mereka (mereka begitu hampir untuk menandatanganinya dari Lyon), Alexandre Lacazette dari Arsenal.

Penyerang itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol sepanjang minggu lalu, dengan Barcelona dikatakan mensasarkan penyerang The Gunner itu sebagai alternatif kepada Griezmann.

Atlético dilaporkan telah 'melakukan hubungan pertama' untuk mengumpul maklumat penyerang Arsenal itu, tetapi tiada 'perbincangan konkrit' dilakukan buat masa sekarang.

Lacazette bukanlah satu-satunya penyerang yang sedang dipertimbangkan oleh kelab Sepanyol itu, dan menurut laporan tadi (Le10 Sport), mereka mendakwa penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani kekal sebagai pilihan utama untuk pasukan Diego Simeone.

Melihat betapa pentingnya Lacazette untuk Unai Emery musim ini, kami mendapati sukar untuk mempercayai Arsenal akan bersetuju melepaskan penyerang Perancis itu kecuali mereka ditawarkan sejumlah wang yang sangat besar.

Sama-samalah kita saksikan bagaimana pengakhiran kisah cinta 'Telenovela' ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post