Plan B Barcelona dengan seorang pemain Manchester United dan dua pilihan di Arsenal

BARCELONA 'sangat meminati' pemain pemain Manchester United dan juga berminat dengan dua pemain Arsenal.


Media Sepanyol menegaskan bahawa Barcelona masih belum lagi memuktamadkan ataupun bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani Antoine Griezmann, walaupun pemain itu sendiri mengumumkan beliau akan meninggalkan Atletico Madrid.

Perkembangan ini membolehkan mereka untuk terus dikaitkan dengan beberapa pemain lain yang mana ianya tidak mungkin lagi dapat dilakukan setelah mereka menandatangani pemain Perancis itu.

Dan Mundo Deportivo tidak mensia-siakan peluang ini apabila mereka dalam laporan semalam mengatakan ataupun mengaitkan tiga pemain lain dengan kelab itu, satu dari Manchester United dan dua dari Arsenal.


Pertama adalah Marcus Rashford. Barca dikatakan menyukai fleksibiliti pemain berusia 21 tahun itu, kelajuan dan bakat yang mampu diperkembangkan lagi.

Pemain itu mempunyai kontrak bersama Manchester United sehingga Jun 2020.

Dan secara teknikal, sekiranya pemain itu tidak menandatangani pembaharuan kontrak bersama United, besar kemungkinan ianya akan dijual pada jendela perpindahan musim panas ini.

Jadi, sukar untuk menidakkan potensi berpindahan pemain ini.

Pun begitu, dipercayai juga bahawa United masih mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak Rashford untuk tempoh setahun lagi bagi mengekalkannya bersama mereka sehingga 2021.

Kemudian,  pilihan kedua Barcelona seandainya gagal di Manchester United, adalah dimana mereka menuju ke Arsenal.

Alexandre Lacazette berada di dalam senarai pemain sasaran Barcelona bersama rakan sepasukannya, Pierre-Emerick Aubameyang yang mana menurut MundoReal Madrid 'seolah-olah sanggup' untuk membelanjakan jumlah yang besar bagi mendapatkan pemain kebangsaan Gabon itu.

Ketiga pemain yang disebutkan itu, mampu beraksi pada pelbagai posisi ketika menyerang (serba boleh), sesuatu yang menarik perhatian Barcelona.


Sekiranya pilihan utama untuk mendapatkan Griezmann gagal, ia menyatakan bahawa Barca bersedia bertindak melaksanakan Plan B mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post