ARSENAL didakwa telah membuat pendekatan, agen dedahkan perkara sebenar namun kelab belum mengesahkannya.
Sejak akhbar Itali mendakwa bahawa Arsenal telah membuat tawaran berjumlah €12 juta untuk pemain pertahanan Gremio, Walter Kannemann, media Brazil berusaha keras untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara tersebut.
Namun, ternyata semua tuntutan itu ditolak, baik oleh kelab mahupun ejen pemain itu sendiri.
Ia bermula dengan pengurus Gremio, Renato Portaluppi yang mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai dakwaan tersebut ketika sidang media diadakan.
“While no concrete proposals arrive, there’s no use in continuing talking.
“If that happens, well, that’s where we’ll say our position. If Gremio lose one or another player, you can be sure that we’ll find a replacement too.”
Media Brazil, Correio do Povo berjaya menghubungi dan bercakap dengan ejen Kannemann, Martin Wainbuch yang hanya menjelaskan bahawa setakat ini, tidak ada yang konkrit mengenai perpindahan mahupun tawaran dilakukan.
Terdahulu, laporan media Brazil itu juga melaporkan dimana Gremio telah menolak tawaran Cagliari untuk mendapatkan pemain itu.
Sementara itu, Radio Grenal turut mendapatkan maklumat tersebut daripada sumber mereka sendiri mengenai tawaran itu, dan mendedahkan bahawa pihak pengurusan Gremio belum menerima sebarang tawaran mahupun pertanyaan daripada Arsenal.
Malahan ejen pemain itu sendiri turut mendedahkan bahawa Arsenal masih belum bertindak dalam melakukan rundingan tetapi mendakwa bahawa The Gunners telah membuat pendekatan dalam beberapa jendela perpindahan sebelum ini.
Radio Grenal juga mengatakan bahawa pihak pengurusan Gremio tahu bahawa mereka boleh menerima tawaran yang baik untuk pemain pertahanan mereka itu pada musim panas ini, namun jumlah yang diminta oleh mereka tidak dinyatakan didalam laporan tersebut.