Arsenal salah sebuah pasukan yang dikatakan menjadi pilihan untuk pemain Genk, Trossard.

ARSENAL merupakan salah satu 'calon utama' untuk Trossard, menyarankan perpindahan boleh berlaku, kelab menunggu tawaran.



Pemain sayap itu telah mempamerkan prestasi mengagumkan dalam saingan Liga Jupiler Pro musim 2018/19 dengan meledakkan 22 gol dan menghasilkan 11 bantuan gol dalam kesemua pertandingan.

November lalu, ejen Leandro Trossard mendedahkan bahawa Arsenal merupakan pasukan yang memerhatikan perkembangan bintang Genk itu secara dekat.

Malahan dengan penarikan diri Spurs, yang sebelum ini turut berminat untuk mendapatkan pemain ini, peluang Arsenal dikatakan semakin cerah.

I contacted representatives from Arsenal and Tottenham. At Spurs, nobody wanted to confirm that Trossard is an option, but Arsenal did. They told me Leandro has a very interesting profile for them and that they’ve been following him since August."

They also added it was a good choice to stay at Genk for another year. They ended the phone call with ‘They are keeping a close eye on him’.”


Pada 19 April lalu, ejen pemain Belgium itu, Josy Comhair mengakui bahawa The Gunners 'boleh menandatangani' kliennya dan beliau juga mengesahkan bahawa Wolfsburg turut berminat dengan pemain berusia 24 tahun itu.
Laporan media Belgium, Het Laatste Nieuws pada April lalu mengenai minat yang ditunjukan Arsenal dan Wolfsburg.


Dan awal bulan ini, ejen pemain itu sekali lagi menegaskan bahawa menyertai pasukan Unai Emery merupakan salah satu pilihan bagi pemain sayap itu.


Manakala edisi hari Sabtu akhbar Belgium, Het Belang van Limburg melaporkan senarai pemain-pemain yang boleh meninggalkan Genk pada musim panas ini dan nama Trossard turut disebut.

Dan laporan itu sekali lagi mendakwa finalis Liga Europa (Arsenal) dan kelab Bundesliga (Wlfsburg) adalah dua 'calon utama' untuk menandatangani pemain itu dan majikannya (Genk) hanya menunggu untuk menerima tawaran terbaik daripada pelamar berpotensi.

Setakat ini, keadaan masih lagi tenang kerana Genk masih belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pihak.

Trossard dan Genk, kedua-duanya mengharapkan situasi akan berubah dengan segera kerana ejen pemain itu sentiasa bercakap mengenai minat dari Arsenal dan Wolfsburg.

Pada hari Jumaat lalu, Trossard mengakui pertembungan Ahad melawan Standard Liège mungkin yang terakhir buat dirinya dalam menyarung jersi Genk.

“Sunday’s game against Standard Liège might be my last one in a Genk shirt. First, however, I’m going to party. I don’t know where we’ll celebrate, but I won’t be seeing my bed before the morning” -- Trossard.

Post a Comment

Previous Post Next Post