Emery dedahkan beliau 'bercakap beberapa kali' dengan Mochi untuk mengisi kekosongan di Arsenal.

BUKAN lagi rahsia bahawa Arsenal masih mencari Pengarah Bolasepak untuk membantu Unai Emery dalam urusan perpindahan di Emirates.


Dalam banyak-banyak nama yang pernah dikaitkan dengan kekosongan di Arsenal, hanya Andoni Zubizarreta dan Monchi dikatakan begitu hampir menyertai pasukan Utara London ini.

Namun, Zubizarreta akhirnya kekal berada di Marseille sebagaimana dilaporkan oleh Football London.

Meseille president Jacques-Henri Eyraud has confirmed that the club's sporting director Abdoni Zubizarreta will be staying with the French club after reports linking him to Arsenal surfaced.

Dan Monchi pula memutuskan untuk kembali ke Sevilla dan bukannya berpindah ke London setelah melepaskan jawatan beliau di Roma.

Andoni Zubizarreta kekal bersama kelab Perancis, Marseille
Kedua-dua mereka dilihat akan menjadi satu lantikan yang ideal kalangan peminat dan tidak kurang juga yang kurang senang dengan nama mereka berdua itu.

Setelah pengumuman mengenai Zubizarreta dibuat Marseille yang menafikan penghijrahan staf mereka itu, Unai Emery dalam temu bual bersama Cadena Ser di El Larguero mendedahkan bahawa beliau pernah 'bercakap' dengan bekas rakan kerjanya, Mochi.

Ramon Rodriguez Verdejo, aka ‘Monchi’ pernah bekerjasama bersama Emery selama 3 tahun ketika berada di Sevilla dahulu.
"Kelab sentiasa mempunyai idea membawa masuk seseorang yang menghubungkan antara pengurusan dan pasukan, dan terdapat beberapa calon. Salah seorang adalah Monchi, yang mempunyai reputasi.

"Saya mempunyai hubungan yang sangat baik. Kami bercakap beberapa kali, dan pada akhirnya, saya bekerja dengan baik dengan semua. Setiap orang yang pernah saya bekerjasama, ia berjalan lancar, sama seperti yang berlaku dengannya (Mochi). "

Spekulasi mengenai siapakah yang bakal mengisi jawatan Pengarah Sukan Arsenal semakin diperkatakan selepas ianya dibiarkan 'kosong' untuk beberapa bulan, ekoran keberangkatan Sven Mislintat yang kini bersama Stuttgart selaku Pengarah Bolasepak.

Perkembangan ini memberi makna bahawa tanggungjawab untuk urusan perpindahan musim panas ini berada dibawah kendalian Sanllehi, Emery dan ketua perunding, Huss Fahmy

Post a Comment

Previous Post Next Post