SEPANJANG beberapa minggu yang lalu, terdapat laporan yang berulang kali dilaporkan di Itali bahawa Milan berminat untuk menandatangani Shkodran Mustafi.
Pemain antarabangsa Jerman itu mengharungi musim ini dalam prestasi turun naik dibawah kendalian Unai Emery, yang baru mengendalikan The Gunners pada musim pertamanya.
Situasi itu menyebabkan banyak media percaya bahawa pengurus Sepanyol itu berhasrat menandatangani pertahanan tengah baharu pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Dan pemain berusia 27 tahun itu bakal 'menjadi mangsa' kerana beliau ketika ini merupakan pemain pertahanan termahal (dari segi nilai pasaran) dalam skuad The Gunners.
Dengan prestasi tidak menentu itu, penjualan beliau mampu memberikan dana tambahan kepada Emery untuk mendapatkan seorang pertahanan berpengalaman baharu.
Rank | Pemain | Posisi | Umur | Nilai dalam Euro |
---|---|---|---|---|
1 | Aubameyang | ST | 29 | 75 juta |
2 | Lacazette | ST | 27 | 65 juta |
3 | Torreira | DM | 23 | 55 juta |
4 | Xhaka | DM | 26 | 50 juta |
5 | Ramsey | CM | 28 | 40 juta |
5 | Bellerin | RB | 24 | 40 juta |
5 | Ozil | AM | 30 | 40 juta |
8 | Mkhitaryan | AM | 30 | 30 juta |
8 | Mustafi | CB | 27 | 30 juta |
Dengan prestasi tidak menentu itu, penjualan beliau mampu memberikan dana tambahan kepada Emery untuk mendapatkan seorang pertahanan berpengalaman baharu.
Walau bagaimanapun, dalam satu temu bual dengan media Jerman, Kicker, bekas pertahanan Valencia ini telah memberi penjelasan bahawa beliau tidak berminat untuk berpindah dari Arsenal dan menafikan khabar angin yang tersebar ketika ini.
"Saya tidak tahu dari mana mereka datang (khabar angin). Sangat lucu, saya telah berada di sini hampir tiga tahun dan walaupun selepas setengah tahun, masih terdapat spekulasi bahawa saya akan berpindah kelab tidak lama lagi. "
Kontrak Mustafi bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2021 dan beliau berharap mampu memenuhi komitmennya bersama The Gunners.
Bagaimanapun, jika ada kemungkinan yang boleh menyebabkan beliau meninggalkan Arsenal, Mustafi menjelaskan bahawa beliau akan mengumumkan perkara itu dan tidak akan menyorokkan daripada pengetahuan peminat.
Sepanjang musim 2018-19, Mustafi telah memulakan 82% daripada perlawanan Liga Perdana sebagai pemain utama (permulaan perlawanan) dan berjaya menjaringkan dua gol.
Secara keseluruhan, beliau telah membuat 40 penampilan dalam semua pertandingan dengan tiga gol berjaya direkodkan beliau musim ini.
![]() |
Rekod penampilan Mustafi dalam saingan Liga Perdana |