Emery kenal pasti pemain berusia 27 tahun sebagai pengganti Mustafi

ARSENAL akan menentang Chelsea pada final Liga Europa penghujung bulan ini.


Edisi hari Jumaat akhbar Sepanyol, AS mendakwa akan ada beberapa pemain akan meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan musim panas ini, tanpa mengira sama ada The Gunners menang atau tidak perlawanan akhir di Baku bagi saingan Europa.

Shkodran Mustafi adalah pemain pertama dijangka meninggalkan pasukan dengan pengurus pasukan, Unai Emery telah menetapkan pemain Getafe, Djeta Dakonam sebagai pengganti kepada pemain tersebut.

Pemain antarabangsa Tongo itu mampu beraksi pada pertahanan tengah dan juga boleh beraksi pada pertahanan kanan serta  bermain di bahagian tengah bertahan (defensive midfielder) musim ini.

Kelebihan yang dimiliki pemain tersebut jelas merupakan ciri-ciri pemain yang dicari-cari serta digemari oleh Emery.

Laporan ringkas dari AS itu menjelaskan bahawa pemain berusia 27 tahun itu muncul sebagai sasaran utama Emery, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai pemain serba boleh itu yang mempunyai kontrak bersama Getafe sehingga tahun 2023.


Mereka juga mencadangkan pemain AS Roma, Kostas Manolas (klik disini) dan Mario Hermoso (klik disini) dari Espanyol juga berada dalam senarai perpindahan Arsenal.

Sementara itu, Mustafi bercakap kepada Kicker pada hari Khamis dan menjelaskan beliau tidak menyedari dari mana laporan mengatakan beliau akan meninggalkan Emirates baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post