Nakal. Itulah yang boleh dikatakan mengenai kempen terbaru skuad Piala Dunia wanita Jerman.



DENGAN tema memperkasakan wanita, skuad Piala Dunia wanita Jerman melancarkan sebuah video yang dihasilkan dari kerjasama Commerzbank bersama Persatuan Bolasepak Wanita Jerman.

Video yang disiarkan pada laman twitter rasmi syarikat penyiaran DW Sports Jerman (DW Sports) nyata mencuri tumpuan apabila mendapat 12k yang menyukainya selain 5k yang mengicau semula kicauan itu.


Bermula dengan seorang pemain bertanyakan sama ada anda mengenalinya atau tidak - "Adakah anda tahu nama saya?" dan diikuti seorang lagi pemain dengan turut bertanyakan soalan sama -  "Bagaimana dengan saya?"

Ianya jelas memberi maksud mendalam apabila diteruskan dengan menceritakan kejayaan pasukan kebangsaan Wanita Jerman itu, yang berjaya memenangi Kejuaraan Eropah sebanyak lapan kali.

Namun tersiratnya adalah tidak ramai yang mengenali mereka.

Begitu juga apabila video itu mengatakan “Kami mewakili negara yang tidak mengetahui nama kami " serta “kami menang gelaran dunia pertama kami dan mendapat sebuah set minum teh.”

Begitu mendalam maksud yang cuba disampaikan mereka, malahan bertepatan dengan tema -memperkasakan wanita.

Dan mungkin yang paling menarik dan mencuri perhatian adalah, “Kami tidak mempunyai ‘bola’ tetapi kami tahu bagaimana untuk menggunakannya.

Jerman mengesahkan 23 pemain yang akan beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 yang akan diadakan di Perancis dari 7 Jun hingga 7 Julai.

Skuad bola sepak wanita Jerman merupakan juara dunia sebanyak dua kali dan lapan kali muncul juara Eropah.

Post a Comment

Previous Post Next Post