Henrikh Mkhitaryan redha dalam terpaksa.

WALAUPUN mendapat jaminan keselamatan daripada pihak FA Azerbaijan, namun keputusan muktamad dibuat untuk tidak membawa pemain Armenia itu ke Baku.



Keputusan untuk tidak membawa Henrikh Mkhitaryan ke Baku bagi perlawanan akhir Liga Europa diumumkan Arsenal melalui laman rasmi kelab hari ini.

Sebelum ini, pihak FA Azerbaijan telah memberi jaminan keselamatan kepada Micki dan Arsenal sepanjang tempoh di sana, namun keputusan yang dibuat Arsenal itu dilakukan setelah berbincang bersama Micki dan keluarga beliau.

We have thoroughly explored all the options for Micki to be part of the squad but after discussing this with Micki and his family we have collectively agreed he will not be in our travelling party. -- Arsenal.

Melalui pendedahan itu juga, pihak Arsenal telah memberi penjelasan dimana mereka juga telah menghantar surat kepada pihak UEFA berhubung perkara ini dengan menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan Micki.

Sementara itu, Micki bagaikan redha dengan apa yang menimpa beliau apabila memuat naik status mengenai perkara itu di laman sosial twitter.

Dan beliau juga berharap agar teman-teman sepasukan mampu membawa kejayaan dengan menewaskan Chelsea pada perlawanan akhir nanti.
Menurut laman rasmi Arsenal, mereka mendedahkan bahawa Micki akan terus menjadi sebahagian persiapan pasukan sehingga berlepas ke Baku pada hujung minggu ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post