Southampton dan Arsenal pantau pemain yang menjadi sasaran alternatif.

NAMA Moussa Djenepo mungkin tidak begitu terkenal, namun pemain kelab Belgium, Standard Liege  ini tiba-tiba menarik perhatian menjelang jendela perpindahan musim panas dibuka.



Southampton, sebelum ini dikatakan telah membuat tawaran kepada Standard Liege bagi mendapatkan pemain tersebut.


Namun dakwaan tersebut telah dinafikan oleh media Belgium, Het Belang van Limburg yang mana mereka menjelaskan tiada tawaran dibuat oleh kelab Inggeris itu.

Bagaimanapun mereka turut mendedahkan bahawa kelab Belgium itu sebelum ini telah menolak tawaran berjumlah €12 juta daripada sebuah kelab yang tidak dinyatakan bagi mendapatkan Djenepo (adakah ianya Arsenal?).

Dalam perkembangan terkini, menurut DH di Belgium, The Saints dan juga The Gunners telah menghantar scout masing-masing bagi menyaksikan perlawanan diantara Waasland-Beveren menentang Royal Excel Mouscron yang berkesudahan 4-2 berpihak kepada pasukan pelawat.

Laporan media itu berusaha sebaik mungkin untuk memilih beberapa sasaran yang berpotensi untuk Southampton dan Arsenal walapun mereka gagal memilih calon terbaik yang menarik perhatian scout dua kelab Inggeris itu.



Namun dipercayai, pemain Waasland-BeverenNana Ampomah berjaya menarik perhatian pencari bakat dari kedua-dua kelab Inggeris itu (Southampton dan Arsenal) selain pemain yang dipinjamkan Liverpool, Taiwo Awoniyi yang mewakili Royal Excel Mouscron.

Nana Ampomah.
Ampomah, 23 tahun berjaya menjaringkan gol keempat pasukannya pada minit-minit terakhir perlawanan, dikatakan menjadi sasaran alternatif buat kedua-dua pasukan Inggeris itu.

Menjaringkan tujuh gol dan merekodkan enam bantuan gol daripada 22 penampilan (dengan 1,764 minit beraksi), Ampomah mempunyai kelebihan yang hampir sama dengan Djenepo, termasuklah dari segi jaringan yang direkodkan - tujuh gol dan tiga bantuan dalam 1,643 minit beraksi.

Dan mungkin menjadi pilihan alternatif kerana nilai yang lebih murah jika urusan bersama Standard Liege (untuk mendapatkan Djenepo) gagal mencapai sesuatu yang positif.

Bagi Arsenal, belanjawan terhad yang dimiliki bagi jendela perpindahan nanti mungkin boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Ghana ini.

Dinilaikan pada pasaran semasa pada £1.8 juta, pemain ini merupakan mampu beraksi pada beberapa posisi di bahagian menyerang.

Rekod penampilan Ampomah musim ini (2018/19):
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Left Winger 15 5 2
Centre-Forward 7 2 4
Second Striker 2 - -
Attacking Midfield 1 - -

Post a Comment

Previous Post Next Post