Mesut Ozil tolak peluang berpindah, putuskan masa depan beliau bersama Arsenal.

KESETIAAN Mesut Ozil bersama Arsenal terus menjadi persoalan selepas prestasi merudum dan tidak menentu  musim ini namun perancang berbisa ini pernah menolak tawaran daripada PSG untuk kekal bersama The Gunners. 



Masih mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga 2021, Mesut Özil ketika ini dianggap satu 'bebanan' buat sesetengah peminat dan penyokong The Gunners.

Dengan beliau kurang diturunkan (dimainkan), terdapat juga dikalangan mereka menyarankan agar Emery menggunakan perancang itu dengan lebih kerap bagi menghasilkan yang terbaik daripada Ozil.

Jelas terdapat perbezaan pendapat mengenai pemain itu sama ada patut diturunkan ataupun tidak, ini kerana ianya juga berkait dengan prestasi dan jumlah bayaran yang diterima oleh bekas pemain kebangsaan Jerman itu.

Dengan enam gol dan tiga bantuan gol dalam 33 penampilan, ianya bukanlah pulangan yang anda mahukan daripada pemain yang dianggarkan menerima £300k, seminggu walaupun ianya jauh lebih baik daripada hasil yang ditunjukkan oleh Alexis Sanchez di Manchester United.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 24 5 2 1,741'
Europa League 8 1 1 513'
FA Cup 1 - - 26'
JUMLAH 33 6 3 2,280'
*statistik perlawanan Ozil sebelum perlawanan menentang Valencia bagi perlawanan kedua peringkat separuh akhir Liga Europa.

Walaupun hasrat beberapa peminat dan penyokong ingin melihat perancang Jerman itu meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan sebelum ini gagal, namun ianya masih berharap agar pada jendela perpindahan musim panas ini mampu dilaksanakan.

Pun begitu, terdapat beberapa kelab sebenarnya mahukan pemain berusia 30 tahun itu bersama mereka sebelum ini.

Menurut Paris United di Perancis, mereka mendakwa bahawa Antero Henrique, Pengarah Bolasepak Paris Saint-Germain (PSG), cuba meyakinkan Özil untuk menandatangani kontrak bersama Juara Ligue 1 pada Januari lalu.

Malangnya untuk The Gunners dan peminat mereka, kerana pemain antarabangsa Jerman itu menolak peluang untuk bermain di bawah kendalian Thomas Tuchel dan melepaskan peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, ternyata Ozil lebih suka tinggal di London.

Namun kesetiaan Ozil kekal bersama Arsenal dan menghormati kontrak yang dimilikinya bersama The Gunners mencetuskan persoalan lain buat mereka (sesetengah peminat dan penyokong) kerana merasakan pemain Jerman itu selesa menikmati gaji lumayan di Emirates.

Dengan kegagalan PSG untuk mendapatkan Ozil dan mereka memerlukan seorang pemain perancang didalam skuad mereka, pasukan Perancis itu kini mengalihkan perhatian mereka kepada pemain lain, seperti pemain Napoli - Allan, pemain Ajax - Donny Van de Beek dan Thiago Alcantara dari Bayern Munich.


Dalam perkembangan terkini, Mesut Ozil sekali lagi telah menafikan semua dakwaan bahawa beliau akan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

"Saya tidak fikir ada peluang untuk itu (berpindah), secara jujur," kata Ozil kepada DAZN Dach.

"Saya mempunyai dua tahun lagi di sini dan apa yang berlaku selepas itu bukanlah didalam kawalan saya, kita akan lihat, tetapi saya bangga berada di kelab ini dan sangat gembira di kelab ini."

"Jika jurulatih bercakap kepada saya dan memberitahu bahawa saya tidak akan bermain dalam perlawanan, ini sesuatu yang saya perlu terima dan menghadapinya." Jelas Ozil lagi.

"Saya telah berusaha untuk membuat diri saya sihat dan cergas seberapa boleh dan ia telah berhasil untuk saya.

"Sekarang saya bermain, tetapi sudah tentu keputusan jurulatih jika saya bermain atau tidak.

"Saya mengalami kecederaan musim ini dan saya terpaksa melupakan beberapa perlawanan tetapi saya tahu apabila saya cergas, saya akan bermain.

"Saya tahu kualiti yang saya ada, saya fikir semua orang mempunyai kualiti dan saya pada No.10.

"Jika jurulatih mahu saya melakukan sesuatu dan bermain di tempat lain, anda perlu menerimanya dan melakukan perkara tersebut.

"Itulah sesuatu yang saya lakukan dan sebagai pemain, anda hanya perlu melakukan apa yang anda disuruh."

Mungkin perkembangan ini tidak begitu menyenangkan 'mereka' yang mahukan Ozil meninggalkan Emirates, namun sudah tentu ianya memberikan harapan kepada sebahagian mereka yang masih menaruh harapan kepada perancang berbisa yang penah di gelar Raja Bantuan.

Adakah beliau mampu terus berada di Emirates musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post