Larangan UEFA terhadap Arsenal menjelang pertembungan akhir Liga Europa

UEFA melarang Arsenal daripada memakai t-shirt tertera nama Mkhitaryan.



Pemain Arsenal tidak akan dapat menunjukkan sebarang tanda sokongan untuk Henrikh Mkhitaryan sebelum dan selepas perlawanan akhir Liga Europa, setelah peraturan UEFA melarang mereka berbuat demikian.

Pemain-pemain Arsenal dilaporkan sedia memakai jersi dengan tertera nama Mkhitaryan pada sesi pemanasan sebelum perlawanan.

Namun terpaksa melupakan hasrat tersebut setelah UEFA telah mengesahkan kepada Daily Mail bahawa tindakan semacam itu dilarang oleh 'peraturan ketat' badan induk bolasepak Eropah itu.

Semua kit, termasuk kemeja dan t-shirt yang dipakai sebelum atau selepas permainan, mesti diluluskan oleh pihak Badan Pentadbiran Bolasepak Eropah - UEFA.

Arsenal players' plans to show support for Henrikh Mkhitaryan during the Europa League final have been blocked by strict UEFA rules.

The squad had spoken about how they could show support for their Armenian team-mate, who feels he is not able to travel to Azerbaijan for security reasons.

Wearing shirts with Mkhitaryan's name on the back for the warm-up was discussed.


-- Daily Mail (26 Mei 2019).


Malahan Arsenal juga berdepan tindakan disiplin termasuk denda sekiranya gagal mengawal penyokong daripada mematuhi larangan yang dikenakan UEFA itu.

Larangan kepada penyokong untuk tidak mencetuskan sebarang bentuk bantahan berhubung kes Mkhitaryan  selain chant yang yang mencetuskan provokasi juga dilarang sama sekali. 

Daily Mail, 23 Mei 2019
Tifo yang dinaikkan oleh penyokong Legia Warsaw,  menyebabkan kelab itu didenda sebanyak £70,000 oleh UEFA pada September 2014.

Post a Comment

Previous Post Next Post