Mustafi tegaskan pertahanan Arsenal berhak dapat lebih banyak kredit.

SHKODRAN MUSTAFI menegaskan beliau tidak terkejut dengan kritikan terhadap pertahanan Arsenal, walaupun merasakan kerja mereka harus diberikan lebih banyak kredit.


The Gunners telah menikmati musim pertama yang sangat memberangsangkan di bawah Unai Emery, tetapi barisan pertahanan tetap menjadi subjek perbincangan serta kritikan.

Pertahanan The Gunners telah melepaskan 51 gol dalam saingan Liga Perdana 2018/19 dan merupakan pasukan kedua paling banyak dibolosi dikalangan enam pasukan teratas yang menamatkan kempen musim ini.

Rank PASUKAN P M S K J B +/- MT
1 Manchester City 38 32 2 4 95 23 +72 98
2 Liverpool 38 30 7 1 89 22 +67 97
3 Chelsea 38 21 9 8 63 39 +24 72
4 Tottenham Hotspur 38 23 2 13 67 39 +28 71
5 Arsenal 38 21 7 10 73 51 +22 70
6 Manchester United 38 19 9 10 65 54 +11 66

Pertahanan Arsenal, Mustafi khususnya telah dikritik kerana persembahannya ketika ini, tetapi pemain pertahanan tengah itu telah mengumpul 70 mata daripada 38 perlawanan liga, membuktikan Arsenal mempunyai kualiti pertahanan.

"Ia amat mengganggu saya kerana tugas kami sebagai pertahanan adalah untuk tidak membenarkan pihak lawan menjaringkan gol, tetapi jika anda memberikan 90 peratus komitmen dan 10 peratus kepada gol dijaringkan lawan, orang akan melupai 90 peratus itu, "katanya.

"Jika pada akhir musim ini anda telah memberikan 70 mata, ini sebabnya. Jika anda masuk ke dalam perlawan tanpa pemain pertahanan dan hanya dengan pemain penyerang, saya tidak pasti anda akan memperolehi 70 mata.


"Jika penyerang tersasar gol atau penalti atau apa jua, anda mendapat peluang baru lima atau 10 minit kemudian.

"Bagi kami, pemain pertahanan, jika anda membuat satu kesilapan dan lawan menjaringkan gol, walaupun dalam lima minit anda menyelamatkan gawang daripada dibolosi, orang masih tidak akan bercakap tentangnya.

"Anda dapat menerima keadaan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tugas kami. "

Arsenal bersedia untuk aksi final Liga Europa, Khamis ini menentang Chelsea, yang mana ianya adalah kejohanan akhir Eropah pertama sejak tahun 2006.

Chelsea pula telah memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Europa dalam lapan musim lalu dan memiliki skuad berpengalaman yang lebih baik dalam perlawanan itu, namun Mustafi tidak melihat perkara tersebut sebagai kelebihan.

"Anda boleh beritahu saya apa yang anda fikir: ramai pemain, yang berpengalaman, yang telah banyak bermain di peringkat akhir atau pasukan yang bermotivasi untuk perlawanan pertama mereka?" jelas Mustafi.

"Ia bergantung kepada bagaimana anda melihatnya, saya fikir ia lebih positif apabila anda tidak mempunyai pengalaman kerana anda pergi ke sana, anda mahukan kemenangan. Ia adalah perlawanan akhir, anda memberikan segala-galanya dan anda tidak sabar untuk menang. Bagi kami ianya lebih banyak positif daripada negatif. "

Post a Comment

Previous Post Next Post