Liverpool, Arsenal dan Manchester United semuanya berminat menandatangani pemain RB Leipzig.

IBRAHIMA KONATE berjaya menarik perhatian kelab gergasi Inggeris dengan Arsenal, Liverpool dan Manchester United dikatakan mahu menandatanganinya menurut Euro United.



Euro United bagaikan cuba menjadi seperti Paris United yang cukup bagus dalam melaporkan rumors perpindahan berkaitan PSG sejak tahun lalu.

Dan mereka (Euro United) kali ini membuat liputan mengenai pemain Perancis yang didakwa mereka menjadi sasaran beberapa kelab Inggeris.

Konate, kini bermain untuk kelab Bundesliga, RB Leipzig berasal dari Paris yang menjelaskan dimana sumber ataupun maklumat tersebut diperolehi.

Bermain pada posisi pertahanan tengah, Konate telah menandatangani kontrak untuk kelab  Jerman itu pada tahun 2017 dari FC Sochaux dan telah beraksi dengan baik di sana.

Pemain Perancis U21, berusia 19 tahun itu telah membuat 42 penampilan untuk kelabnya musim ini dan berjaya menjaringkan tiga gol.

Beliau mempunyai kontrak sehingga Jun 2023, yang mana telah ditandatangani beliau pada bulan Januari tahun ini, jadi tidak ada tekanan untuk dijual ataupun dilepaskan oleh RB Leipzig.
Setakat ini, tidak ada maklumat lain ataupun sumber lain yang mendedahkan mahupun melaporkan minat daripada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan Konate.

Begitu juga mengenai laporan Arsenal, Liverpool atau Manchester United yang berminat untuk menandatangani Konate, hanya Euro United sahaja yang melaporkan perkara ini.

Masih tiada laporan lain yang mengatakan bahawa kelab-kelab Inggeris itu telah membuat hubungan atau sebarang petunjuk mengenai tawaran dan yuran perpindahan (nilai perpindahan) yang akan menjadi potensi pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Bahkan, laman peminat Liverpool (Read Liverpool FC) turut melaporkan perkara ini berdasarkan dan bersumberkan daripada laporan pendedahan Euro United.

Melihatkan perkembangan ini, kami berpendapat bahawa Leipzig tidak mungkin akan melepaskan pemain ini dalam jendela perpindahan musim panas nanti dan mungkin mengekalkan pemain tersebut untuk tempoh semusim lagi.

Serta tidak mungkin Arsenal berminat untuk menandatangi pemain pertahanan tengah muda ini walaupun terdesak untuk mendapatkan pemain baru pada posisi tersebut.

Dan atas faktor itu (terdesak mendapatkan pemain pertahanan tengah), media suka dan senang untuk mengaitkan mana-mana pertahanan tengah dengan Arsenal.

Itu adalah pendapat peribadi penulis semata-mata. Anda mungkin ada pandangan berbeza.

Juga, mana tahu jika Arsenal benar-benar mahukan dan berminat terhadap pemain itu.


Post a Comment

Previous Post Next Post