Tindakan Chelsea berhubung masa depan Cech, cetuskan kontroversi.

CHELSEA dikatakan akan melantik Petr Cech sebagai Pengarah Sukan apabila bersara pada musim panas ini.



Petr Cech akan kembali ke Chelsea pada musim panas ini dalam memikul peranan sebagai Pengarah Sukan di kelab itu, menurut Sky Sports News.

Penjaga gol Arsenal yang baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37 pada Isnin lalu mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari bermain bolasepak selepas berakhirnya final Liga Europa, Khamis depan. 

Pasukan yang menjadi lawan bagi menentukan kejuaraan Europa di Azerbaijan nanti merupakan pasukan lama Cech, yang mana beliau telah menghabiskan masa selama 11 musim di Samford Bridge.

Tindakan Chelsea yang mengumunkan bahawa mereka akan melantik Cech menjadi menjadi sebahagian daripada keluarga mereka musim depan, sememangnya tidak wajar dan ianya pasti mengganggu tumpuan penjaga gol Arsenal ini kerana masih terdapat perlawanan penting melibatkan kedua-dua pasukan.

Chelsea ketika ini tidak mempunyai pengarah teknikal semenjak peletakan jawatan Michael Emenalo pada November 2017 dan tugas tersebut di ambil alih oleh Marina Granovskaia semenjak itu.

Ketika ini, tidak jelas mengenai tanggungjawab sebenar yang akan dipikul Cech bersama The Blues, namun beliau mungkin berperanan dalam penglibatan urusan pengambilan pemain dan juga menjadi orang perantaraan diantara pihak pengurusan dan jurulatih pasukan itu.

Bagaimanapun, Cech pada media sosial beliau, mengulangi bahawa beliau hanya akan membuat keputusan selepas final Liga Europa di Baku.

"Walaupun berita hari ini seperti yang telah saya katakan kepada semua orang sebelum ini, saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya selepas perlawanan terakhir. Sekarang tumpuan saya ialah untuk memenangi Liga Europa dengan Arsenal," kata Cech.
Jelas sekali ianya akan mengganggu penglibatan dan fokus kepada Cech serta tidak mustahil berita tersebut sedikit sebanyak turut mengganggu Unai Emery dalam persiapan terakhir menentang Chelsea.

Cech musim ini bersama Arsenal banyak beraksi untuk saingan Liga Europa (dengan 10 penampilan semenjak peringkat kumpulan) dan sudah tentu pada perlawanan akhir nanti beliau turut berharap menjadi No.1 The Gunners di Baku.

Post a Comment

Previous Post Next Post