Mesut Ozil berbuka puasa bersama Presiden Turki, Recep Erdogan kembali cetuskan kemarahan.

MESUT OZIL cetus kemarahan sekali lagi dan mendapat kritikan panas di media sosial.



Tindakan pemain tengah Arsenal dan bekas pemain pasukan kebangsaan Jerman, Mesut Ozil kembali menimbulkan kemarahan di media sosial setelah menghadiri majlis berbuka puasa bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada hari Ahad.

Ozil dan tunang beliau, Amine Gulse merupakan tetamu Erdogan pada acara yang diaturkan di Istanbul menjelang Hari Belia dan Sukan Turki.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan Ozil dan Gulse duduk sisi Erdogan di Istana Dolmabahce, yang pernah menjadi jantung pentadbiran Empayar Uthmaniyyah.


Ozil sebelum ini pernah dikritik bersama rakan sepasukan Jerman, Ilkay Gundogan, setelah muncul dalam foto bersama Erdogan menjelang Piala Dunia tahun lalu di Rusia.

Perkembangan terbaru Ozil yang dikatakan mencetuskan kemarahan.



Walaupun berjaya membantu Jerman memenangi Piala Dunia 2014, gambar beliau bersama Erdogan itu membawa kepada kecaman dimana Ozil telah membahagikan kesetiaan beliau (antara Jerman dan Turki). 

Ozil kemudiannya memberi respon yang mana ianya jelas menceritakan kekecewaan beliau dengan isu perkauman didalam institusi di Persatuan Bolasepak Jerman (DFB).

Pada masa itu, Ozil berkata beliau menghormati 'Pegawai Tertinggi' dari asal usul keturunan keluarganya (keturunan Turki).

Malah Ozil turut membandingkan liputan yang tidak disenangi yang diterima beliau berbanding sambutan hangat yang diterima oleh bekas kapten pasukan kebangsaan Jerman, Lothar Matthäus yang bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Beberapa rakan sepasukan Ozil dan pemimpin DFB menafikan bahawa terdapat sebarang isu perkauman dalam bolasepak Jerman dan Ozil kemudiannya bersara dari mewakili kebangsaan Jerman selepas persembahan mengecewakannya di Piala Dunia 2018.

Pejabat presiden Turki sebelum ini mengumumkan bahawa Erdogan telah dijemput untuk ke majlis perkahwinan Ozil dan Gulse.

Walaupun menerima kritikan hebat pada majlis berbuka puasa, terdapat juga warga media sosial yang menyokong tindakan Mesut Ozil.

Post a Comment

Previous Post Next Post